Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 22 on Sun 20 Oct 2013, 12:56 am

muhasabah diri dan penghayatan

Page 6 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 6:43 am

Dimulakan dengan wahyu pertama daripada Al-Quran itu, dunia Jahiliyah yang menggambarkan kemunduran tamadun manusia dari segi sains, teknologi dan intelektual sekitar zaman Rasulullah SAW terus dipacu menuju ke puncak pencapaian.

Berdasarkan teori dan asas pengetahuan pelbagai bidang yang termaktub dalam al-Quran, kajian demi kajian dipelopori umat Islam mewujudkan satu tamadun gemilang dari sudut ilmu, khususnya sains dan teknologi.

Ketika al-Quran diturunkan, pelbagai fakta di dalamnya jelas masih asing di kalangan manusia ketika itu.

Tiada siapa mengetahui hakikat kehidupan seperti tertera dalam al-Quran antaranya cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125).

Berbekalkan maklumat daripada kalam Allah itu, umat Islam mula meneroka ilmu sains dan kegemilangannya memuncak pada adab ketujuh apabila umat Islam menunjukkan kecenderungan dan minat mengkaji serta mempelajari pelbagai pengetahuan.

Menjelang pertengahan abad kesembilan, ilmu pengetahuan yang semakin berkembang membuktikan fakta sains dibawa al-Quran adalah benar dan ilmu dalam kitab itu mendahului zaman ia diturunkan.

Ia sekali gus membuktikan kitab itu sememangnya diturunkan Allah SWT dan menafikan dakwaan ia ciptaan manusia.

Kebenaran fakta al-Quran semakin meyakinkan dan pelbagai rahsia kitab suci itu terus digali sehingga kegemilangan sains terus disingkap dalam tamadun Islam menerusi perkembangan ilmu dan penciptaan teknologi.

Muncullah nama-nama besar ilmuwan dan saintis Islam seperti Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap peredaran darah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi (matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah).

Malah, ramai tidak mengetahui ilmuwan Islam mendahului saintis Barat dalam penemuan pelbagai teori, seperti penerokaan awal Ibnu Haitham mengenai hakikat graviti jauh lebih awal sebelum ia dijadikan teori oleh Isaac Newton.

Hal sama ditemui menerusi konsep penerbangan seperti diperjelaskan Ibnu Firnas dan kemudian diadaptasi Wilbur Wright dan Oliver Wright. Abbas ibn Firnas saja sudah meneroka kajian cakerawala kira-kira 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci melakukannya.

Perkembangan ilmu menzahirkan pelbagai ciptaan teknologi dan inovasi. Cendekiawan Islam menghasilkan serbuk salpetre sebagai ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan untuk memisahkan bendasing dalam campuran cecair.

Balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijiran termasuk kereta perisai turut dihasilkan saintis Islam ketika itu.

Malangnya, pengembangan ilmu dan kegemilangan Tamadun Islam itu tidak dapat diteruskan, seolah-olah usaha itu seumpama api yang kehabisan minyak, semakin lama semakin malap bermula ketika berakhirnya Kerajaan Abbasiyah. Pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang ketika berlakunya Perang Salib.

Masyarakat Barat yang suatu ketika dulu turut menggali ilmu hasil cernaan cendekiawan Islam sebaliknya mula mengambil alih peranan mengembangkan ilmu pengetahuan.

Malah, seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendekiawan Islam, Barat menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, Al-Biruni (Alberuni), Al-Battani (Albetagnius), Ibnu Haitham (Alhazen), Al-Kindi (Alkindus) dan Ibnu Rushd (Averroes). Sehingga kini, tidak dapat dinafikan kajian dan pengembangan ilmu pengetahuan tidak lagi didominasi umat Islam. Kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang, ia sekadar mampu dibanggakan pencapaiannya.

Dengan pengaruh besar dan strategi yang tidak dinafikan berkesan, manusia termasuk umat Islam kini lebih mengenali ilmuwan Barat dalam pelbagai bidang; Issac Newton lebih dikenali daripada Ibnu Haitam dan Wright bersaudara lebih dikenali daripada Ibnu Firnas.

Bagaimanapun, kegemilangan Islam menguasai ilmu ingin terus diabadikan. Saintis Islam, Dr Fuat Sezgin menjejak, mengumpul dan mengembalikan khazanah ilmu hasil Tamadun Islam yang ‘hilang’ menerusi penubuhan Institut Sejarah Sains Islam-Arab di Frankfurt di Johann Wolfgang Goethe Universiti, Frankfurt, Jerman pada 1982.

Sebahagian khazanah sains Islam yang dikumpul penyelidik itu akan dipamerkan menerusi ‘Pameran Sains Islam Mendahului Zaman’ anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai esok hingga 14 Januari ini.

Sebanyak 150 artifak dan hasil penemuan sains serta penerokaan umat Islam dalam bidang matematik, kesenian dan seni bina; penciptaan dan penemuan perubatan astronomi, pengembaraan dan geografi serta teknologi akan dipamerkan selama seminggu di KLCC dan dua bulan setengah di Pusat Sains Negara untuk dihayati bersama generasi hari ini.

Pameran julung kali bermatlamat mencetuskan kembali kesedaran pentingnya mengkaji dan menerokai sains dan teknologi seterusnya membangkitkan semangat generasi muda meneruskan kesinambungan ilmuwan Islam terdahulu.

Ia juga bertujuan menyedarkan semua pihak bahawa ilmu agama dan ilmu pengetahuan perlu diseimbangkan seperti diamalkan ilmuwan Islam terdahulu yang bukan sekadar mendalami agama, sains dan kesusasteraan, malah mencipta peralatan dengan fungsi melangkaui zaman.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Selembar Bulu Mata!!

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 6:44 am


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh
telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium dan menghidu" Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang berkata-kata" Tangan meneruskan, "Saya yang memegang dan menggenggam." Kaki menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan
kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam.

Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 6:45 am

1.Tidak ada suatu yang paling bermakna di dalam kehidupan ini melainkan ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan anak yang soleh.

2.Jasadmu adalah untuk duniamu, Rohanimu adalah untuk akhiratmu, Bersihkan hati ; baikilah dirimu, Agar berbahagia bertemu dia yang satu

3."HANYA ILMU, IMAN, DAN TAKWA SAHAJA YANG DAPAT MEMBELI SYURGA ALLAH. KEJAYAAN BIARLAH YANG LUAR BIASA UNTUK ALLAH".

4.padukan ilmu dan akal itu untuk membanteras kejahilan....

5.m'sia lahir disambut dgn azan, m'sia mati diiringi dgn solat.... antara azan dan solat... alangkah singkatnya hidup kita ini... sekadar renungan

6.gantungkan cita-citamu setinggi bintang di langit.... dan rendahkanlah diri serta keperibadianmu serendah mutiara di dasar lautan.......

7.Bersabar & redhalah pada suatu kesengasaraan walaupun ia pahit kerana disebalik kesengsaraan itu wujudnya satu hikmah yg manis

8." SAHABAT YG BERIMAN IBARAT MENTARI YG MENYINAR..SAHABAT YG SETIA IBARAT PEWANGI YG MENGHARUMKAN..SAHABAT SEJATI MENJADI PENDORONG IMPIAN.."

9.sesiapa yang keluar dari kediamannya untuk mencari ILMU....dia sedang berada di jalan ALLAH sehingga dia pulang

10.sahabat yang sejati ialah sahabat yg masih menyayangi diri anda walaupun telah mengenali anda sebenar-benarnya

11.wahai org2 beriman jika kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu utk mencapai kemenangan & meneguhkan pendirian kamu

12.To love someone is nothing, to be loved by someone is something, To be loved by someone u love is exciting...but to be loved by ALLAH is EVERYTHING

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 6:45 am

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasullah SAW:

Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya:

Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 6:46 am


Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk
mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab
untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

Semasa Lailatul-Qadar.

Ketika hujan turun.

Ketika memulakan dan setelah selesai solat.

Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.

Di tengah malam.

Di antara azan dan iqamah.

Ketika sujud dalam solat.

Ketika iktidal akhir dalam solat.

Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.

Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).

Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang
terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

MENGENAI WANITA

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 6:48 am

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi
meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

5 tips mengukuh jiwa

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:45 am

1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA

Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna. Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita.
Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ala.

Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita.Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.

2. REDHA

Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.

3. INGAT JANJI ALLAH

Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar.

Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan. Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah.
Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.
Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri.

4. PASTI ADA HIKMAH

Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.
Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan.

Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.

5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA

Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala.
Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya. Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. (Sila baca mengenai FALSAFAH KUCING di sini)

Ingatlah firman Allah Ta’ala yang bermaksud ;
“Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.” (QS [65] : 2-3)


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:47 am


Awal Muharram - Apa perlu dibuat?

Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t.

Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya
yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan
nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada
kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa
& raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun
baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota
Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk
kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau
kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari
Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru
sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara
terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah
sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari
kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan
dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran
Islam itu sendiri.

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering
memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang
sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah
jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru
hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah
lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada
mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka
yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan
solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk
meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari
semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya
lebih baik dari hari-hari sebelumnya …inilah yang dituntut oleh Islam!!!.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita.
Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita
menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Jelas Ibni Abbas lagi,
“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud, ” Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului
pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara
daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib
pada malam 1 Muharam:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah .

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:47 am

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu:
* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
* Jika terpenjara akan dibebaskan.
* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
* Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:47 am

Bila Al-Quran mula berbicara
Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci. Aku kau pegangi, kau junjung dan kau pelajariku Engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra Sekarang engkau telah dewasa.............. Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah aku menjadi bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian. Di dalam almari, di dalam laci. Aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang. Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..... Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca suratkhabar dahulu Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau abaikan dan engkau lupakan... Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu Mengasyikkan. Di meja kerjamu tidak terdapat diriku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di komputermu pun kau putar musik favoritemu Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku......... E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran televisyen Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah Waktupun cepat berlalu......... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau dikubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya..... kubur yang setia menunggu mu........... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah Aku kembali setiap hari. Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu Keluarkanlah segera diriku dari almari, lacimu....... Letakkan Aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah daku kembali... Baca dan pelajari lagilah daku.... Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan engkau biarkan Aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:48 am

Bila sufi berlalu pergi
Pada awalnya sebuah tamadun, bangsa,negara, kumpulan atau 'Groups' bermula dengan sifar atau dalam keadaan tak ada apa satu. Kemudian mereka belajar untuk survive. Mereka akan saling membantu, tolong-menolong. Semua ini dilakukan untuk memenuhi keperluan asas, tak kiralah samada dari segi keperluan fizikal atau keperluan rohani. Mereka akan saling menyayangi, hormat menghormati. Segala masalah diselesaikan dengan terus-terang dan terbuka, tak ada sindir-menyindir, perli-memperli. Segalanya aman damai tanpa sebarang puaka dan raksasa. Kemudian mereka ke zaman kemuncak iaitu zaman kehendak, apabila segala keperluan asas sudah dipenuhi maka datang pula keinginan. Keinginan ini adalah supaya segala aktiviti untuk mencari keperluan asas ini menjadi lebih mudah. Pada zaman keinginan inilah datangnya para sufi dan auliya dengan tujuan untuk mengawal agar keinginan tadi tidak dikawal oleh nafsu. Setelah segala keinginan terpenuhi, maka tiba pula satu zaman dimana mereka mencari hiburan. Apabila datangnya hiburan, datanglah pula nafsu. Apabila nafsu sudah beraja, wadah ilmu yang digembar-gemburkan hilang entah kemana. Asyik cerita lagu, bowling, lepak, berkhemah, perjumpaan, percintaan putus ditengah jalan, akedemi yang menganjurkan pertandingan lagu-lagu tak adil. Yang sunah diperlekehkan hingga punah. Orang yang berjihad dikatakan jahat,lalu kena minat pejuang agama dan tanah air itu. Bini nak pakai tudung, pakai. Tak mau pakai tak apa. Agama hak masing-masing. Ingat Islam tu kau yang cipta, suka-suka buat, tak suka tak payah buat. Ingat kat sana nanti tak ditanya, bagaimana pimpinan dibawahmu engkau jaga. Masa tu kawan, bini yang lawa tu pun nak lepas diri ajer tau. "Laki aku tak suruh pun". Hello brader, masa tu api neraka menulang-julang depan mata, nak ke tanggung bini punya dosa. Kemudian wujud pula zaman persaingan yang haloba. Masing-masing mahu menunjukkan ego,angkuh dan bangga. Sejarah dimana mereka ingin survival bersama-sama sudah bertukar menjadi 'survival of the fittest'. Masing-masing ingin menjatuhkan masing-masing. Ketika inilah munculnya segala raksasa, puaka dan geruda. Sindir-menyindir, perli, caci mencaci, tohmah sampai ke kaum keluarga mula merebak dengan pantasnya. Ketika inilah keadaan sudah retak menanti belah. Para sufi tidak takan tertahan dalam keadaan begini. Mereka akan segera berlalu pergi. Tujuan mereka bukan untuk berdebat atau berlawan dengan raksasa bermata hijau. Tujuan mereka adalah untuk berkongsi rahsia cinta dari Kekasih yang sejati. Namun ada menyatakan kasihan sang sufi itu. Dia sudah berlalu pergi. Patutnya kasihan diri sendiri. Dia tetap sufi walau dimana sahaja, sekalipun dia dihina tidak akan mengurangkan darjatnya. Sekalipun dia dipuji, sedikit pun tidak menaikkan darjatnya. Sudah menjadi tertib sebuah kemusnahan, tak kiralah bangsa atau negara. Segala kemusnahan bermula dengan kehilangan para sufi, wali dan ulama serta guru-guru. Kerana Allah tak mahu mereka ini turut musnah bersama dengan orang yang lalai, maka mereka dibawa pergi terlebih dahulu. jadi berhati-hatilah, bila sufi sudah berlalu pergi, bila guru sudah diangkat kembali, waktu kemusnahan pasti tidak lama lagi. tak kiralah dalam negara ke, dalam kampung ke, dalam groups ke. Bila penyebar tauhid sudah tiada maknanya kemusnahan bakal menjelma. Sama juga kiamat tidak akan terjadi selagi tauhid masih wujud. Bila berlalunya para penyebar ilmu tauhid, bila berlalunya ilmu sufi dihati masing-masing. Maka datanglah penyakit yang penuh keluh kesah tanpa diketahui puncanya. Segala benda remeh-temeh pun boleh buat gila. Duit tak ada disalahkan ekonomi. Negara hiruk-pikuk disalahkan pemimpin. Dalam rumahtangga isteri marahkan suami, laki pukul bini. anak haru-biru. Awek cabut lari pun boleh jadi gila ( macam pompuan dalam dunia ni dah habis). Segala penyakit yang tak disangka-sangka mula muncul. Duit masuk beribu-ribu sebulan, tapi dok tak cukup jugak. Makanan berlambak-lambak, tapi tak kenyang-kenyang jugak. Tilam punyalah empuk, tapi tidur tak jugak lena. Ku lihat sufi itu bukanlah raja namun dia dihormati disepanjang masa ku lihat sufi itu bukanlah hartawan namun hartanya melimpah ruah kulihat sufi itu bukanlah Dr. Phd namun dia bagaikan mengetahui segalanya lalu kutanya apa rahsianya jawabnya,"Aku mengetahui tentang Allah dan Allah mengetahui segala-galanya Ku lihat sufi itu seperti aku juga yang sentiasa diuji dengan masalah namun raut wajahnya tak pernah ada resah kutanya lagi apa rahsianya lalu jawabnya "hidup ini sementara, bagaikan mimpi, ibarat embun pagi akan hilang bila terbitnya mentari" akhirat jua kekal selamanya. namun ada yang benci sufi ini ku nasihatkan satu sahaja jangan berjumpa denganya demi tuhan,kamu akan jatuh cinta padanya

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Bulan Zulhijjah

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:49 am

Selepas ramadan bulan syawal. Selepas syawal bulan Zulqaedah. Dan sekarang Zulhijjah.

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Ini yang selalu kita lalai mengenainya.

bulan zulhijjah

Disebutkan oleh Nabi SAW :

“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman (yang bermaksud) :

“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

* Zikir :

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

* Berpuasa :

Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

* Melakukan lain-lain amalan sunat:

Seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

* Menjauhi maksiat:

Inilah masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

* Bertakbir :

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. (13 Zulhijjah).

* Berkorban :

Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut (yang bermaksud) :

“Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas’ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih (yang bermaksud), iaitu :-

“Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan” ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah (yang bermaksud):

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)
KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

“Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama”

lembu
BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.
PEMBAHAGIAN DAGING

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

* 1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban
* 1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
* 1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir.” (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah (yang bermaksud) :

“Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya” (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.
MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN’, hubungan persaudaraan ‘terkorban’, atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Waallahua’lam.
KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab seringkasnya:

“Tidak boleh !”

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan’ lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.
APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

“Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya “tiada asalnya”.

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu ‘alam

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Cepat dpt jodoh

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:49 am

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:50 am

Bacalah kisah yang menyentuh emosi ini…

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

menjadi org cemerlang

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:52 am

1. Faham betul-betul tentang maksud, tujuan dan matlamat hidup

Ini paling asas dan paling penting pada saya. Sebab kalau kita faham betul-betul apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita atas dunia ini, maka kita tahu apa hala tuju kita. Kita tahu apa yang kita kejar.
Maka takde la kita tersesat dan melencong kepada perkara-perkara yang sia-sia.

Apabila kita tahu maksud hidup kita, maka kita akan lebih fokus. Kita akan jadi lebih tabah, lebih tetap pendirian dan lebih matang. Kita tidak akan melakukan perkara yang sia-sia dan menghargai masa, tenaga, wang ringgit dan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Makanya, kita mesti benar-benar faham akan maksud dan matlamat hidup kita atas dunia ini.

Persoalannya sekarang, apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita? Adakah kita sudah benar-benar tahu dan faham?

2. Taat semua perintah Allah dan tinggal semua larangan dan jauhi benda-benda yang haram dan yang syubhah

Tips kedua ini sebenarnya saling berkaitan antara tips yang pertama tadi tu. Kalau anda orang Islam, maka saya rasa tak payahlah saya nak huraikan panjang-panjang perkara ini. Cukuplah saya katakan bahawa, kita orang Islam ni, kejayaan kita bukanlah diukur sejauh mana cemerlang dan berjaya nya kita atas dunia ini saja.

Apalah gunanya kejayaan dan kecemerlangan kita atas dunia ini, kalau kita seorang yang sering ingkar perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang Allah larang. Apalah gunanya diri kalau diri kita itu dimurkai oleh Allah, TUHAN sekalian alam ini?

Maka, tidak dapat tidak, untuk menjadi orang yang cemerlang, maka kita mestilah berusaha mendapatkan redha Allah dengan melakukan semua perintah yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarangNYA.

3. Taat dan buat baik dengan ibu bapa

Untuk dapat redha Allah, maka kita kena dapat redha ibu bapa dulu. Macammana nak dapat redha ibu bapa?

Buatlah apa yang menggembirakan mereka, dengar kata mereka, jangan bantah cakap mereka, bersopan santun dan sentiasa menghormati mereka, tidak sekali meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka, buat mereka bangga dan selalu mendoakan mereka. Pendek kata, kita mesti sentiasa jaga hati mereka. Senyum dan berlemah lembut lah dengan mereka. Buatkan mereka berasa besar hati dengan kita.

Sekiranya kita berjaya mendapatkan redha ibu bapa kita, insyaAllah hidup kita pasti akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH Ta’ala. Apabila hidup kita diberkati, maka apalagi yang kita mahukan?

Pada saya, ini adalah pra-syarat yang MESTI dipenuhi sebelum seseorang itu diiktiraf sebagai orang yang cemerlang.

4. Ada perancangan yang jelas

Untuk jadi cemerlang, kita mesti bijak merancang. Kita mesti ada target dan pelan tindakan untuk mencapai target. Apa target kita dalam pelajaran, dalam hidup? Apa yang ingin kita capai? Dan apakah pelan tindakan kita untuk mencapat target-target tersebut?

Buatlah target dan perancangan yang jelas dan praktikal. Kena ada pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang. Sentiasa periksa progress atau kemajuan yang kita lakukan hari-hari, apakah ianya semakin dekat mencapai target atau terpesong jauh?

5. Sentiasa muhasabah diri

Kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Muhasabah lah diri. Peruntukkan sedikit masa setiap hari untuk periksa dan muhasabah diri kita setiap hari.

Apakah yang kita lakukan hari ini? Apakah ada kesilapan yang telah kita lakukan? Ada tak kita melukai hati atau menyakiti orang lain? Ada tak kita mengumpat dan mengutuk orang? Adakah solat kita sempurna? Adakah masa kita terbuang dengan sia-sia?

Beristighfarlah dengan kesilapan dan kelemahan yang kita telah lakukan. Minta ampun dengan Allah atas semua kesalahan kita. Bertaubatlah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, samaada yang sengaja atau yang tidak sengaja. Berazamlah sungguh-sungguh untuk kita tidak mengulangi kesilapan kita. Mohonlah pada Allah supaya memberikan kekuatan dan hidayah kepada kita untuk melakukan perkara-pekara kebaikan.

Sekian, cukuplah 5 tips ini dulu yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Saya rasa, kalau kita dapat amal 5 tips ini pun, insyaAllah kita boleh menjadi orang yang cemerlang. Bukan cemerlang dunia saja, tapi lebih-lebih lagi cemerlang akhirat insyaAllah.

Mungkin ada yang kata, alaaa semua tips ni saya dah tahu. Semua apa yang diterangkan ini saya dah tahu lama dah.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah kita praktikkan apa yang kita tahu? Bukankah ilmu yang tidak diamalkan itu diumpakan seperti pokok yang tidak berbuah?

Isunya sekarang, bukan banyak mana yang kita tahu, tetapi banyak manakah yang kita amal dan praktikkan. Tak gitu? Apa kata anda?

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

jgn mengeluh

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:53 am

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

mulianya hati seorang anak

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:54 am

Mulianya hati seorang anak

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia Dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi TU. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong in bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik in Pah, nampaknya hajat Kita nak ke Mekah tahun in akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi Kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah TU dah melambai-lambai,”
Cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-Seri.

“Betul ke in bang? Baru semalam is Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak Ada dalam senarai.”

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

paku di dinding

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:54 am

Paku Di Dinding
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.


Last edited by abe_emilio36 on Fri 18 Dec 2009, 5:55 am; edited 1 time in total

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

pantang larang temuduga

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:54 am

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

hati mula keras

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:55 am

sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

1. Solat sunat
2. Berpuasa sunat
3. Memperbanyakkan zikir
4. Selalu bersedekah
5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
7. Membantu orang2 yang susah dan miskin

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

sebab wanita ditinggalkan

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:56 am

* 1. Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki

Setiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik, persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman. Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.

* 2. Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik. High maintenance.

Saya rasa yang ni saya tak payah nak ulas panjang. Sebab semua orang faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka demand lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.

* 3. Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.

Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak caya? Cubalah…huhu

Haaa begitulah 3 punca atau sebab yang sempat saya fikir dan catatkan. Saya tulis ni berdasarkan pendapat dan pandangan saya sebagai seorang lelaki. Ia mungkin betul bagi sesetengah orang tetapi tak betul bagi sesetengah orang yang lain.

Apa pendapat anda?

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Siapa dia??

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 5:56 am

Siapa dia? Siapa diri ini?

Tatkala ku menghadap sebuah cermin
Tampak sesosok tubuh
Yang sangat lama kukenal
Dan sangat sering kulihat

Namun aneh
Aku semacam belum mengenal
Siapa yang kulihat itu??

Siapakah dia itu?

Siapakah dia itu?

Tatkala kutatap wajahnya
Hatiku bertanya
Apakah wajah itu wajah yang kelak akan bercahaya
Bersinar indah di syurga sana?
Ataukah wajah itu yang akan hangus legam di neraka Jahannam?

Tatkala kutatap mata
Lubuk hatiku berbisik bertanya
Mata itukah yang akan menatap
Allah Robbul ‘Alamin
Rasulullah Habibullah
Para sahabat Radhiallahuajm’in
Menatap dengan penuh kenikmatan dan kerinduan?
Ataukah mata ini yang akan terbeliak
Melotot, menganga terburai menatap neraka jahanam
Siksaan yang amat dahsyat?

Apakah mata yang tak terlepas melihat maksiat ini
Akan terselamat dari ahzab di sana nanti?

Wahai mata…
Apakah yang tatap dan lihat selama engkau hidup di muka bumi ini?

Tatkala kutatap mulut
Apakah mulut itu
Yang kelak akan berkumit-kumit penuh keyakinan
Mengucapkan Laailaaha Illallah
Di saat malaikat maut datang menjemput?

Ataukah menjadi mulut menganga
Dengan lidah Terjulur
Dengan jeritan bingit memekik
Bergetar menakutkan setiap pendengar yang ada
Di saat sakaratul maut datang menjelma…

Ataukah mulut itu menjadi pemakan buah zaqqum Jahanam
Yang amat dahsyat
Menjadi pembakar, penghangus kerongkong dan usus

Wahai mulut yang malang
Apakah perkara yang engkau ucapkan
Tipu daya, perkataan dusta, umpat caci, carut mencarut?

Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan?
Berapa banyak hati-hati yang remuk hancur luluh
Dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam?

Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu
Yang engkau ucapkan untuk menipu

Wahai mulut yang malang
Sedarkah engkau
Betapa engkau jarang sekali
Menyebut memuji nama Tuhanmu dengan tulus
Betapa jarangnya engkau
Dengan syahdu dan ikhlas
Bermohon agar tuhanmu mengampuni mu

Tatkla kutatap tubuh
Apakah tubuh itu yang kelak akan penuh cahaya
Bersinar, bersukacita, bercengkerama di syurga?

Atau tubuh itu yang akan tercabi-cabik hancur
Mendidih di dalam lahar membara jahannam
Kemudian bercantum semula
Menanggung derita yang tak akan pernah berakhir

Wahai tubuh
Berapa banyak maksiat yang telah engkau lakukan
Berapa banyak orang yang telah engkau khinati dan zalimi
Berapa banyak hamba Allah yang lemah
Yang telah engkau tindas dengan kekuatanmu
Berapa banyak orang datang meminta pertolongan
Tapi engkau buat acuh tak acuh tanpa peduli
Padahal engkau mampu menolong
Berapa banyak pula hak-hak orang lain yang engkau rampas?

Ketika kutatap mu wahai tubuh
Seperti juga ku renung akan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu?
Atau sebagus daki-daki yang melekat ditubuhmu?

Apakah hatimu segagah ototmu?
Atau ia selemah daun-daun yang mudah layu berguguran

Apakah hatimu seindah penampilanmu?
Ataukah sebusuk kotoran pada pakaianmu?

Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa ianya berbeza…

Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa aku telah tertipu
Aku tertipu oleh topeng itu

Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng
Hanyalah topeng yang menipu belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng yang ada
Betapa semua yang indah itu
Hanyalah topeng yang menipu

Sedangkan aku…..
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus

Aku tertipu…
Aku malu ya Allah…..

Aku tertipu…
Tertipu kerana nafsu diriku…

Wahai Allah…..
Selamatkanlah aku.
Amin ya Robbal ‘Alamiin.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

motivasi diri

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 6:04 am

Tingkatkan motivasi diri

* 1. Dengar alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari kegemaran saya.

Inilah cara paling mujarab yang boleh amalkan bagi meningkatkan motivasi diri kita. Salah satu hobi dan kegemaran mereka y berjaya dlm hidup ialah ialah mendengar bacaan quran dari qari-qari hebat seluruh dunia. Antara qari kegemaran mereka ialah al-Imam Fahd Al-Kanderi, Syeikh Mutawwali, Syeikh Hajjaj Ramadan Hindawi, al-marhum Syeikh Abdul Baasit, al-Marhum Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Abdur Rahman Sudais, Syeikh Ahmad Faizul al-Jerantuti dan banyak lagi. Apabila mendengar bacaan Quran oleh qari-qari ini, hati akan akan menjadi begitu tenang
dan akan jadi lebih fokus, bermotivasi dan bersemangat tinggi.

* 2. Mendengar lagu/nasyid

Ni pun salah satu cara untuk meningkatkan motivasi iaitu mendengar lagu atau nasyid2 .Dpt menenangkan jiwa y kacau bilau dgn masalah.

* 3. Mendengar ceramah-ceramah agama.

Mendengar ceramah agama akan memberikan peringatan kepada kita tentang maksud dan tujuan hidup di atas dunia yang sementara ini. Apabila kita ingat tujuan hidup, maka secara x langsung kita akan jadi lebih bersyukur dan rasa bersemangat untuk memperbaiki kehidupan kita.

* 4. Membaca buku motivasi atau mendengar kisah-kisah orang yang telah berjaya.

Menyimpan beberapa koleksi buku dan ebook2 mengenai biografi dan tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidang masing-masing. Apabila kita berasa tiada motivasi, biasakanlah diri untuk cuba membelek-belek buku atau kisah2 orang berjaya ini dan membacanya. Pembacaan yang dilakukan mampu menyuntik semangat baru dalam diri kita.

* 5. Saya akan menonton program BERSAMAMU TV3 dan mengenangkan nasib mereka yang lebih susah daripada saya.

Selalu mengingatkan kepada diri sendiri ; “Kalau kita rasa diri kita ada masalah teruk, rasa tertekan dan tiada motivasi, ingatlah sesungguhnya ada lagi ramai orang yang bermasalah jauh lebih teruk daripad kita.” Kita perlu selalu cuba untuk bandingkan dengan orang yang lebih bernasib malang dari kita. Sebab apa? Sebab kalau kita bandingkan diri kita dengan orang lebih bagus, lebih kaya, lebih hebat, lebih sihat dan lebih poket berisi daripada kita, maka kita akan terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi kita sekarang. Kita mungkin akan ingat atau terlupa untuk bersyukur kepada Allah bahawa sebenarnya Allah dah bagi banyak nikmat rahmatNya pada kita.

* 6. Kita akan tengok gambar dan kenang orang-orang yang kita sayang.

Cara terakhir kita untuk meningkatkan motivasi diri ialah dengan mengenang orang-orang tersayang contohnya mak bapak, isteri, adik beradik, anak2 saudara dan keluarga kita. Malah kita akan kenang dan ingat semula jasa dan pengorbanan orang-orang penting dalam hidup kita contohnya cikgu2 dan kawan2 kita. Dengan mengingati mereka semua,kita akan berasa diri kita ini penting dan perlu melakukan yang terbaik dalam segala perkara yang saya lakukan.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

tips bila terpaksa bersendirian

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 6:05 am

* MAHA PENCIPTA

Kembalilah pada pecintaNYA. Mohonlah petunjuk dariNya agar perkara yang lepas itu mematangkan diri kita agar lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah, kuat lagi. Ingatlah bahawa setiap kejadian yang Tuhan ciptakan untuk kita bersebab dan jadikanlah ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNYA.

* BERCUTI

Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah perkara yang amat merumitkan bagi kamu. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasagan anda, perbelanjaan dan destinasi yang ingin anda tujui sekeluarganya.

Kesemua ini haruslah menepati cita rasa anda, pasagan dan anak-anak (jika tika itu anda sudah memliki zuriat). Selalunya hanya beberapa hari sahaja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak-anak. Namun ketahuilah bahawa, tika anda berseorangan bila-bila masa sahaja anda boleh pergi bercuti, boleh sediakan pakaian anda dan pergi. Hehe..

* PERBAIKI DIRI

Jagan sesekali anda merubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih anda. Tapi apa yang wajar anda lakukan adalah memperbaikilah diri anda dari sudut kerjaya, kewangan agar kukuh dan juga binalah keyakinan diri yang mantap agar masa depan anda akan lebih stabil kelak.

Dan perlu Suri ingatkan disini, ketahuilah bahawa apabila anda sudah takluki semua perkara diatas dengan keadaan yang baik, disitu juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai gologan wanita atau lelaki yang suka megambil kesempatan keatas diri anda. AWAS!!

* JUMPA KAWAN

Seperti kebanyakan lelaki atau kaum wanita apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan-kawan rapat. Bukan lupa tetapi tak cukup masa. Nah, sekaranglah waktunya yang paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini untuk menggamit kenbali saat-saat BEBAS tika bersama dengan mereka-mereka ini. Hurm, sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan yang mesra dari mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tak percaya? emm, cubalah!

* BERSENAM

Semasa bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum, makan malam itu adalah antara sebahagian besar dairy dalam kamus kehidupan anda yang lalu. Namun ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama pada perkara yang sedang anda alami diketika ini..

Emm..jika difikirkan dan diimbas kembali pada perkara yang telah berpenghujungnya apa kata anda lakukan senaman kembali! Ketahuilah bahawa inilah masanya anda membuang toksik-toksik, lemak-lemak yang telah lama terkumpul didalam badan anda haruslah disingkirkan. Ingat, lakukanlah senaman di gim atau di kelab-kelab senaman khusus di mana mungkin anda akan berpeluang berjumpa dengan wanita atau lelaki yang lebih cantik, manis atau tampan dan agresif Wink

* KEMBALI NAKAL

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa pula yang sudah melupakan zaman kanak-kanak kebiasaannya mereka ini tidak ceria dan tidak pula mempunyai nilai humor. Seperti contoh ada sesetengah wanita tidak suka lelaki yang nakal kerana merasa dirinya tercabar. Sebab itulah ramai lelaki apabila bersama teman wanita biasanya mereka akan mencuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku untuk seketika.

Apabila kembali solo, pelung untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dahulu boleh dilakukan seperti main snuker, video game, mengurat dan sebagainya. Bagi wanita pula apabila keadaan emosi telah stabil kembali kebanyakan dari mereka suka pergi membeli-belah untuk aksesori pakaian, kasut, penampilan, bersiar-siar dengan rakan kembali dan sebagainya..

* BERMESRA BERSAMA KELUARGA

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu..lebih-lebih lagi pada waktu itu kita sudah pun berumahtangga bersama pasagan atau kekasih. Keluarga pula akan mula jatuh pada rangking yang kedua manakala pasagan pula akan diberi lebih tumpuan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa dengan masa yang anda miliki inilah eloklah anda gunakan ia sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarga agar kembali erat seperti dahulu.

* TEROKAI DUNIA BARU

Aktiviti-aktiviti seperti menonton wayang, berdisko, pergi medan selera, berpeleseran membawa diri tanpa hala tuju yang tak pasti, cubaan ingin membunuh diri, bersendirian dipantai itu sebenarnya tidak akan membuka minda kita. Jika itulah kegemaran anda…lupakanlah seketika, tapi Suri sarankan agar anda mencuba menerokai dunia baru yang lebih mendamikan dan bermakna. Aktiviti yang Suri sarankan seperti aktiviti lasak, panjat gunung, menyelam skuba dan sebagainya sudah pasti kenangan anda bersama pasangan sedikt sebanyak akan dapat dikurangkan.

* SUKARELA

Untuk mengurangkan rasa bosan anda, Suri sarankan agar anda, pergilah ke rumah anak-anak yatim, orang-orang tua, Hospital atau pusat tempat pemulihan dadah. Anda boleh menjadi seorang sukarelawan di mana tempat-tempat sebegini akan bisa membuka minda anda kepada satu dimensi baru. Anda akan nampak, masalah anda adalah jauh lebih kecil daripada masalah mereka..jadi fikir-fikirkanlah sejenak..

* PANDANG KE HADAPAN

Buanglah memori jauh-jauh dari kotak fikiran anda tentang bekas pasagan anda yang terdahulu itu. Dan sekarang berikanlah perhatian anda pada apa yang akan berlaku kemudian termasuklah pada bakal kekasih atau isteri atau suami anda yang sedia menanti anda disisi..

Jadikanlah sebarang angan-angan anda dengan usaha yang gigih bersama keyakinan diri yang tinggi.

Ha,..bila lagi nak mulakan? mulalah dari sekarang!

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Fri 18 Dec 2009, 6:10 am

48- Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)

47- Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis Riwayat Muslim)

46- Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang meminjamkan untanya kepada satu keluarga untuk diperah susunya pagi dan petang maka pahalanya sungguh sangat besar.” (Hadis Riwayat Muslim)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  Sponsored content Today at 11:55 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 6 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum