Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 22 on Sun 20 Oct 2013, 12:56 am

muhasabah diri dan penghayatan

Page 8 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 12:59 pm

Bersabar Dari Kesempitan Hidup

Hadith :
Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Islam amat menganjurkan agar kita bersabar dalam menghadapi kesempitan hidup. Jangan membiasakan diri dengan meminta-minta daripada orang lain tanpa berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal kerana sesungguhnya orang yang gigih berusaha dalam mencari rezeki demi meneruskan kehidupannya di dunia ini dan bersabar dalam menanggung kesusahan nescaya akan dikurniakan Allah rezeki yang banyak.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:00 pm

Bersetubuh Di Siang Ramadhan
Hadith :
Aisyah r.a berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dimasjid. Dia berkata : “ Saya telah terbakar. “ Nabi bertanya : “Mengapa engkau terbakar?” Orang itu menjawab: “Saya menyetubuhi isteri saya di siang Ramadhan.” Nabi berkata kepadanya:“ Bersedekahlah engkau.” Dia menjawab: “Tidak ada sesuatu pun yang dapat aku sedekahkan.” Sesudah itu dia pun duduk dan datanglah kepada Nabi seorang yang menuntun keldai yang membawa makanan(Abdul Rahman salah seorang perawi hadis ini berkata: “Saya tidak mengetahui makanan apa yang dibawa itu). Maka Nabi pun berkata : “Mana orang yang sudah terbakar?” Orang itu menjawab : “Ini saya.” Berkata nabi:“ Ambillah makanan ini dan sedekahkanlah.” Orang itu bertanya :“Adakah orang yang lebih berhajat daripada kami, sedangkan ku tidak mempunyai makanan?” Nabi bersabda : “ makanlah makanan itu bersama-sama keluarga mu.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Orang yang bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan maka puasanya menjadi batal. Sebagai hukumannya, dia hendaklah membayar kaffarah berdasarkan tertib seperti berikut; memerdekakan seorang budak, jika tidak sanggup dia hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup maka hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:00 pm

Binatang Fasiq

Hadith :
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Lima binatang fasiq yang dibunuh di tanah halal dan di tanah haram iaitu burung gagak, burung helang, kala jengking, tikus dan anjing gila @ galak.”

al-Bukhari dan Muslim

Huraian
Binatang-binatang yang disebutkan di dalam hadis di atas adalah binatang yang berbisa dan kotor. Burung helang dan gagak contohnya mempunyai kuku pencakar, paruh yang tajam dan makan secara menyambar. Islam menghalalkan kita membunuhnya kerana ia membawa kemudaratan dan bahaya kepada manusia. Ia juga tidak boleh dimakan kerana mengandungi bisa, bahaya dan kotor seperti tikus dan anjing gila yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit yang membawa maut. Islam sesungguhnya berpendirian tegas tentang halal dan haram dalam pemakanan kerana makanan yang baik dan suci akan membentuk jiwa yang bersih dan mudah menerima hidayah daripada Allah SWT. Dalam amalan para sufi, penekanan terhadap kebersihan dan kesucian sesuatu makanan amatlah dijaga dan dititikberatkan supaya hati tidak dicemari daripada perkara-perkara yang syubhah dan haram yang akan menjauhkan diri seseorang daripada Allah. Hati yang rosak menyebabkan seseorang itu lalai daripada mengingati Allah SWT. Justeru pemakanan yang halal dan suci amat penting dalam kehidupan setiap Muslim.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:01 pm

Dhab

Hadith :
Ibnu Umar r.a meriwayatkan katanya : “Rasulullah SAW ditanya mengenai Dhab, maka baginda bersabda : “Aku tidak memakannya dan aku tidak mengharamkannya. Dalam satu riwayat: “Rasulullah SAW didatangkan dengan Dhab, maka baginda tidak memakannya dan tidak pula mengharamkannya.”

(HR Muslim)

Huraian
Memang terdapat hadits yang banyak dalam Bukhari Muslim yang menjelaskan tentang binatang ini iaitu dhab yang halal dimakan. Para sahabat pun memakan dhab sedangkan Rasullah SAW melihatnya, bahkan Baginda tidak menghalang dan menegah para sahabat untuk memakannya. Dhab adalah sejenis biawak yang hidup di padang pasir. Ia tergolong dalam keluarga cicak. Nama saintifiknya ialah Uromastyx aegyptius microlepis. Dhab merupakan binatang berdarah sejuk yang tergolong dari jenis reptilia bertelur. Dhab juga adalah binatang herbivor yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan. Cara kehidupan dhab ialah ia banyak menghabiskan masanya dalam lubang-lubang yang digali untuk menyembunyikan diri atau di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung daripada ancaman musuhnya termasuk manusia. Dhab mempunyai kulit yang bersisik tebal di atas badan dan ekornya, panjang bagi seekor dhab lebih kurang dari 14 hingga 36 inci atau lebih.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:01 pm

Di akhir Zaman Nanti

Hadith :

Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seseorang bertanya:”Apakah haraj itu, ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadnya suatu pembunuhan.”

(Bukhari)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:01 pm

Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”

Riwayat at- Tirmidzi



Huraian
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:02 pm

Hadiri Jemputan; Penuhi Undangan

Hadith :
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.”

(at-Thabrani)

Huraian:
Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:02 pm

Haidh Ketika Haji

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Kami pergi bersama-sama nabi s.a.w, tiada niat kami selain haji. Setelah kami sampai dekat Sarif) tiba-tiba aku haidh. Ketika nabi s.a.w masuk ke dalam khemahku, didapatinya aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya:”Apakah kamu haidh?” Jawabku:”Benar Ya Rasulullah.” Sabda beliau :”Haidh adalah perkara yang lumrah bagi puteri-puteri Adam. Kerana itu kerjakanlah apa yang seharusnya dikerjakan oleh orang haji kecuali tawaf di Baitullah sehingga engkau mandi (suci) lebih dahulu.” Kata Aisyah:”Kemudian beliau menyembelih lembu untuk korban para isterinya.”

(Muslim)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:03 pm

Haji Ketika Sakit

Hadith :
Dari A’isyah r.a katanya:”rasulullah s.a.w datang ke rumah Dhuba’ah binti Zubair bin Abdul Mutalib; lalu kata Duba’ah:”Ya Rasulullah! Aku bermaksud hendak menunaikan ibadah haji tetapi aku sakit. Bagaimana itu? Maka bersabda nabi s.a.w:”Hajilah dan syaratkan dalam niatmu untuk tahallul (berhenti) jika tidak sanggup meneruskannya kerana bertambah sakit.”

(Muslim)


Hakikat Orang Yang Miskin

Hadith :
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah orang miskin, orang yang pergi dari rumah ke rumah, dia dapat ditolak oleh sesuap dan dua suap makanan, sebiji kurma dan dua biji kurma. Akan tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang tidak memperoleh kecukupan yang dapat mencukupkan keperluannya dan tidak diketahui orang tentang kemiskinannya yang menyebabkan orang memberi sedekah kepadanya. Dan dia pula tidak pergi meminta ke sana ke mari (tidak mengulang-ulangi permintaannya kepada orang lain). ”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Orang yang miskin adalah orang yang tidak mempunyai kecukupan dan tidak mahu menampakkan kemiskinannya kepada orang lain. Dia tidak mengemis ke sana sini sebaliknya berusaha mencari pendapatan sendiri. Orang sebeginilah yang layak menerima sedekah dan mendapat bantuan.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:03 pm

Hanya Yang Terbaik

Hadith :
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi s.a.w melarang menjual buah-buahan sebelum nyata baiknya.” Ketika itu nabi ditanya tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘baik’, baginda menjawab,”Hendaknya buah-buahan itu tidak lagi terkena penyakit.”

(al-Bukhari)

Hari Tasyrik; Hari Makan Minum

Hadith :
Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:04 pm

Hutang

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

Riwayat al-Baihaqi

Huraian
Pengajaran hadis:
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.
ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.
iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.
iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.
v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:05 pm

Ibadah Haji; Antara Amalan Yang Paling Utama

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur).

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Umat Islam hendaklah sentiasa melakukan amalan yang baik semasa hayatnya, kerana setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dinilai sebagai ibadat
2. Antara amalan yang paling utama selepas beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya serta berjihad di jalan yang diredhai Allah ialah mengerjakan ibadat haji dengan dengan sempurna (haji mabrur).
3. Sesungguhnya Allah S.W.T. sangat menyukai hambanya yang taat dalam melaksanakan titah perintahnya apalagi sanggup berkorban nyawa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji kerana ibadah ini tidak akan dapat dilakukan tanpa adanya persediaan yang cukup dari segi rohani dan jasmani.
4. Orang yang beramal dan berusaha untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini telah dijanjikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah ketika di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu umat Islam seharusnya berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadat selagi tempoh hayat masih berbaki.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:05 pm

Ikan Dan Belalang Bukan Bangkai

Hadith :
Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.”

(HR Ibnu Majah, Ahmad)

Huraian
Terdapat dua jenis binatang yang dikecualikan oleh syariat Islam daripada kategori bangkai iaitu belalang, ikan dan sebagainya dari jenis binatang yang hidup di dalam air. Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja dan tidak beracun, memabukkan atau membahayakan kesihatan manusia. Binatang dua alam adalah tidak termasuk di dalamnya. Manakala belalang daun yang darahnya tidak mengalir juga halal dimakan. Begitu juga dengan darah. Sekalipun darah adalah haram tetapi ada pengecualiannya iaitu hati dan limpa. Demikian juga sisa-sisa darah yang menempel pada daging atau leher binatang setelah disembelih.
Kesimpulannya, setiap apa yang dinyatakan di dalam nas yang mengatakan ia haram, maka hukumnya adalah haram. Apa yang tidak dihukum sebagai haram, maka ia didiamkan syarak. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yang jijik dan kotor. Jangan tepuk dada tanya selera semata-mata.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:06 pm

Iktikaf Pada Puluhan Terakhir Ramadhan

Hadith :
Aisyah r.a menerangkan bahawasanya Nabi SAW beriktikaf pada puluhan yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian isteri-isteri baginda beriktikaf sesudah baginda wafat.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Beriktikaf dari segi bahasa bermaksud menahan, berhenti dan tetap di sesuatu tempat. Manakala mengikut istilah syarak pula ialah berdiam diri di dalam masjid dengan sifat yang tertentu. Hukum beriktikaf ini adalah sunat dan ia amat digalakkan terutama pada puluhan akhir bulan Ramadhan. Iktikaf sebenarnya tidak mempunyai zikir-zikir yang khusus dan tidak juga ditetapkan dengan amalan-amalan yang khusus juga tempoh masa yang tertentu bahkan cukup sekiranya hanya diam di dalam masjid dan berniat iktikaf. Rasulullah SAW lazimnya tidak meninggalkan amalan beriktikaf di dalam masjid pada puluhan akhir bulan Ramadhan yang kebiasaannya berlaku Lailatul Qadar.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:06 pm

Jangan Benci Wanita Mukminah

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya.”

(Muslim)

Jangan Kedekut @ Tamak !

Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Islam menganjurkan kita agar bersedekah dalam keadaan sihat. Kerana sesungguhnya bersedekah dalam keadaan sihat itu lebih besar pahalanya daripada bersedekah dalam keadaan sakit dan menampakkan lagi keikhlasan kita dalam melakukan kebajikan di jalan Allah SWT.


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:07 pm

Jangan Kedekut Memberi Ilmu

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Huraian
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: "... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (Al Mujaadalah [58]:
2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan
3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:09 pm

Kepentingan Berkasih Sayang

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”


Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.
2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat.
3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:10 pm

Kesan istighfar

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:10 pm

Kesabaran Allah Swt

Hadith :

Dari Abdullah bin Qais r.a katanya: “ Rasulullah saw bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan sekalain Allah Taala. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu) atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka minta.”

(Muslim)


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:10 pm

Kepentingan Menjaga Solat

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi

Huraian
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:11 pm

Keberkatan Doa

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."

Abu al-Darda' r.a

Kemuliaan Bumi Madinah

Hadith :
Dari ‘Ashim r.a katanya:”Saya bertanya kepada Anas:”Adakah Rasulullah menjadikan Madinah suatu Tanah Suci?” Jawabnya:”Ya, iaitu dari sini sampai ke sana, tidak boleh ditebang pohonnya. Siapa yang mengada-adakan di situ perbuatan yang bukan-bukan nescaya memperolehi kutukan Allah, kutukan malaikat dan seluruhnya.”

(Bukhari)


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:13 pm

Kesengsaraan Di Padang Mahsyar

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya".

Miqdad bin al-Aswad r.a

Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya".

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:14 pm

Kesukaan Dan Kebencian Allah Swt

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”

(Muslim)

Huraian
Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Apa sahaja yang kita lakukan jika Allah menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah menyukainya, kita mestilah melakukannya. Itulah manifestasi dari cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT. Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Allah. Begitu juga dengan aspek kebencian. Ia hendaklah selari dengan kebencian Allah dengan maksud bahawa kita meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci oleh Allah. Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri. Itulah antara ciri-ciri taqwa yang sejati.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:14 pm

Keutamaan Di Saf Pertama

Hadith :
Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”Rasulullah s.a.w menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata:”Luruskan barisanmu, jangan bengkok-bengkok kerana barisan yang bengkok, nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya.”

(Muslim)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:15 pm

Larangan Berpuasa Sehari Semalam

Hadith :
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Jauhkanlah diri mu dari berpuasa siang malam. Dua kali nabi berkata demikian. Seorang sahabat berkata: “Engkau Ya Rasulullah, berpuasa siang malam. Nabi SAW menjawab: “ Saya bermalam sedangkan Tuhan ku memberi makan dan memberi minum. Kerjakanlah apa yang mudah kamu kerjakan, jangan kamu memberatkan diri.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Allah SWT telah melimpahkan kepada rasul-Nya bermacam-macam jenis makrifat yang merupakan makanan rohani dan memberikan bermacam-macam nikmat kejiwaan yang lain yang lebih berpengaruh daripada makanan dan minuman. Sebagaimana kita selaku manusia biasa kadangkala terlupa untuk makan dan minum lantaran merasa gembira memperoleh sesuatu yang sangat kita harapkan, begitu juga dengan Rasulullah SAW. Dalam hal berpuasa, Rasulullah SAW tidak menggalakkan kita umatnya berlapar sehari semalam tanpa berbuka kerana ia akan memberatkan kita dalam melaksanakan perintah agama dan akan memudharatkan tubuh badan. Malah baginda menyuruh kita melakukan ibadat secara sederhana dan mengikut kemampuan diri kita tanpa menjejaskan kesihatan badan.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  Sponsored content Today at 11:57 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 8 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum