Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 22 on Sun 20 Oct 2013, 12:56 am

muhasabah diri dan penghayatan

Page 9 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:15 pm

Larangan Membuat Hadith Palsu

Hadith :
Dari Mughirah r.a katanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta tentang hadithku, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka.”

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:15 pm

Larangan Meninggalkan Hisbah

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w:”Tidak ada seorangpun yang berada di dalam satu kaum yang mengetahui mereka melakukan kemaksiatan sedangkan ia berkuasa untuk mencegahnya maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka sebelum mereka mati.”

Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Imam al-Mawardi menyatakan bahawa hisbah adalah menyeru kepada makruf (kebaikan) apabila ternyata ditinggalkan dan mencegah daripada perbuatan mungkar (keburukan) apabila ternyata dilakukan dan mendamaikan antara manusia.
2. Manakala menurut para ilmuan moden, hisbah merupakan satu peraturan daripada beberapa peraturan Islam di mana pada hari ini telah diwujudkan satu badan pengawasan khas yang dipertanggungjawabkan oleh pemerintah untuk menjalankan peranan mengawasi dan memeriksa semua keperluan manusia seperti perihal dagangan, jalanraya, makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk mengekalkan keadilan dan kemuliaan bersesuaian dengan tuntutan syariat dan keperluan masyarakat setempat.
3. Hisbah memerlukan kemampuan, kekuasaan dan kekuatan untuk melakukannya. Sebab itulah hukum hisbah bersifat fleksible. Adakalanya ia menjadi wajib kifaie iaitu apabila ia dilakukan oleh seseorang atau sebahagian daripada anggota masyarakat maka gugurlah kewajipan dan dosa masyarakat sekeliling dan adakalanya menjadi wajib ‘aini iaitu sekiranya kemungkaran tersebut berlaku di kalangan orang tertentu sahaja di mana orang lain tidak mampu mencegahnya melainkan orang yang berada di kalangannya sahaja. Semua ini bergantung pada keadaan, kemampuan pelaku hisbah dan bentuk kesalahan yang dilakukan.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:16 pm

Masuk Ke Dalam Baitulllah

Hadith :
Dari Ismail bin Abi Khalid dia bertanya kepada Abdullah bin Aufa seorang sahabat rasulullah s.a.w, katanya:”Adakah nabi s.a.w masuk ke Baitullah ketika umrah?” Jawab Abdullah:”Tidak!”

(Muslim)

Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak habis umur dunia ini sehingga bangsa Arab dan pengikut-pengikutnya dikuasai oleh seorang dari ahli rumahku, yang namanya menyamai namaku"; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud - ada disebutkan: "Yang namanya menyamai namaku, dan nama ayahnya menyamai nama ayahku").

Abdullah bin Mas'ud r.a




abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:17 pm

Melihat Anak Bulan

Hadith :
Abdullah Ibnu Umar berkata, Nabi SAW bersabda: “Bulan itu begini, begini dan begini iaitu 30 hari. Kemudian nabi bersabda: “Dan begini, begini dan begini, iaitu 29 hari. Sekali baginda berkata 30 dan sekali lagi baginda berkata 29.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Melihat anak bulan tidak difardhukan ke atas setiap orang dan bukan setiap orang harus menunggu penyaksian matanya sendiri tetapi cukup dengan penglihatan beberapa orang sahaja yang adil yang diberikan tauliah oleh pihak pemerintah

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:17 pm

Membaca Ummul Kitab

Hadith :
Daripada Ubadah bin as-Samit r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sesiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak membaca padanya Fathatul Kitab maka solat itu kurang, kurang, tidak sempurna.”

Muslim dan Abu ‘Uwanah

Huraian

Membaca surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada 13 rukun solat. Surah tersebut mestilah dibaca dengan makhraj yang betul. Barulah hati akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila dibaca ayat keempat dari Surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memiliki hari Akhirat." Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia yang bersesak di padang Masyhar. Terasalah akan kekerdilan dan kelemahan diri di sisi Allah SWT. Apabila membaca ayat kelima dari surah al-Fatihah yang bermaksud : "Engkaulah yang ku sembah dan Engkaulah tempat ku bermohon." Bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukan menjadi penyembah hawa nafsu atau selainnya. Ringkasnya membaca surah al-Fatihah dalam solat adalah wajib. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana dengan bacaan tersebut menjadikan diri kita insaf sekali gus menjamin kita daripada lalai di dalam solat.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:18 pm

Membunuh Ular Ketika Ihram

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w pernah menyuruh orang yang sedang ihram membunuh seekor ular ketika di Mina.”

(Muslim)

Mencium Hajarul Aswad

Hadith :
Dari Jabir r.a katanya: “Tatkala Rasulullah s.a.w tiba di Mekah, mula-mula baginda mendatangi Hajarul Aswad lalu baginda cium. Kemudian baginda berjalan ke kanan lalu berlalri-lari kecil tiga kali putaran dan berjalan kaki empat kali putaran.”

(Muslim)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:18 pm

Mencium Isteri Tidak Membatalkan Puasa

Hadith :
Aisyah r.a berkata : “ Sesungguhnya Rasulullah SAW sering mencium isteri-isterinya sedangkan baginda sedang berpuasa. Kemudian Aisyah tertawa.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Mencium isteri tidak membatalkan puasa. Namun bagi orang yang tidak kuat menahan nafsunya hal tersebut tidak digalakkan kerana ia akan membawa kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:18 pm

Mengekalkan Akhlak Yang Baik

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”

Riwayat at-Tarmizi

Huraian

1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.
2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:19 pm

Menghormati Binatang

Hadith :

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa."

Abu Hurairah r.a

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Pada syarak, kegunaan senjata hanyalah untuk menghadapi musuh, bukan untuk diacukan atau ditujukan kepada orang yang diwajibkan ke atas kita bersikap aman damai terhadapnya (tidak bermusuh dengannya).
ii) Orang yang menyalahgunakan senjata sama ada tujuannya hanya olok-olok (bergurau) kepada orang yang bukan musuhnya hukumnya bukan sahaja dilarang keras oleh Islam (haram) tetapi dilaknat oleh para malaikat kerana ia amat bertentangan dengan tujuan penggunaan senjata.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:20 pm

Mengqadha’ Puasa Orang Yang Telah Meninggal

Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w katanya:”Ibuku meninggal. Sedangkan dia mempunyai hutang puasa selama sebulan. Bagaimana?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Bagaimana pendapatmu andaikata dia mempunyai hutang terhadap seseorang, adakah engkau bayar?” Jawab wanita itu,:”Tentu ya Rasulullah!” Sabda Rasulullah s.a.w :”Hutang kepada Allah lebih patut dibayar.”

(Muslim)


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:21 pm

Menjauhi Segala Bentuk Syirik

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.”


Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad

Huraian

Pengajaran hadis:
i) Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram di sisi Islam sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir, memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.
ii) Perbuatan ini adalah termasuk dalam perbuatan ‘syirik yang tersembunyi’ yang diertikan sebagai mengiktiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan yang baik atau buruk, contohnya disebabkan tangkal azimat yang digunakan itu maka seseorang itu terselamat daripada bahaya dan sebagainya.
iii) Kecuali jika ia menggunakan ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah atau sifat-Nya atau yang berbentuk zikrullah maka yang demikian tidaklah diharamkan.
iv) Di antara perbuatan syirik tersembunyi yang lain adalah seperti;
a) Menanamkan perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
b) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
c) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.
d) Mengatakan:” Kalaulah tidak kerana pertolongan dia, tentulah aku tidak berjaya” dan sebagainya.
e) Mengatakan:” Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda dan sebagainya tentulah rumahku dimasuki pencuri”.
f) Melakukan sesuatu amal ibadat atau membuat sesuatu pengorbanan, perjuangan, bukan kerana menjunjung perintah Allah tetapi untuk suatu tujuan yang lain.
v) Selaku umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan yang mensyirikkan Allah kerana dosa syirik adalah dosa yang paling besar. Sebaliknya hendaklah meletakkan keyakinan bahawa segala sesuatu itu adalah bergantung pada takdir Allah dan keizinan-Nya jua.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:22 pm

Menjelaskan Hutang Si Mati

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.

Riwayat Tirmizi

Huraian

1. Hadis ini mengingatkan warisnya supaya segera membayarkan hutangnya jika ia meninggalkan harta
2. Berhutang kalau boleh pada perkara yang penting sahaja dan ingat selalu untuk menjelaskannya sebelum terlupa

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:23 pm

Meriahkan Dengan Ibadat

Hadith :
Aisyah r.a berkata : “Nabi SAW apabila memasuki puluhan yang akhir, baginda mengikat pinggangnya (tekun beribadah) menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Apabila telah memasuki puluhan terakhir bulan Ramadhan Rasulullah SAW akan lebih tekun dalam melakukan ibadah dan menjauhi isteri-isteri baginda. Baginda terus berjaga malam serta membangunkan ahli keluarga untuk turut bersama-sama melakukan qiamullail. Namun sebaliknya kita apabila semakin menjelang Syawal dan semakin beransurnya Ramadhan akan memeriahkan siang dan malam dengan membuat bermacam-macam persediaan menyambut hari raya. Membuat aneka biskut, kek, lauk pauk dan sebagainya. Mengapa tidak kita mengikut sunah Rasulullah ini dan menghidupkan malam–malam di bulan Ramadhan ini dengan aneka rupa ibadat serta mengajak ahli keluarga untuk turut sama memeriahkannya kerana hal ini lebih bermakna untuk hari raya kita di akhirat kelak!

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:24 pm

Mukjizat Rasulullah S.a.w

Hadith :

Dari Anas r.a katanya:”Dibawakan kepada Nabi s.a.w sebuah bejana (bekas) waktu itu baginda di Zaura’. Lalu baginda letakkan tangan baginda di dalam bejana itu. Maka keluarlah air daripada anak-anak jari baginda. Lalu orang ramai pun berwudhuk. Qatadah pun berkata:”Saya berkata kepada Anas :”Berapa ramaikah kamu ketika itu? Jawab Anas:”Tiga ratus atau lebih kurang tiga ratus.”

(al-Bukhari)

Huraian
Mukjizat yang dimiliki oleh Nabi s.a.w: ialah apa yang menjadikan para penentang baginda tidak mampu untuk melakukannya atau menandinginya ketika dicabar. Oleh yang demikian, mukjizat para nabi adalah perkara luar biasa yang tidak mampu ditandingi manusia dengan segala kebolehan dan keupayaannya sepertimana mukjizat yang telah dikurniakan kepada Nabi Musa a.s berupa tongkat yang dengannya baginda mengalahkan apa jua bentuk sihir, Nabi Isa a.s dengan usapannya yang dengan izin Allah, mengubat segala macam penyakit yang tidak mampu diubati oleh ilmu kedoktoran yang dibangga-banggakan pada zaman tersebut. Maka begitu jugalah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w, yang di antaranya juga berupa Al-Qur’an yang ternyata hebat daripada berbagai sudut yang tidak mampu ditandingi manusia dari dahulu hingga kini.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:24 pm

Nabi Menerima Hadiah Dan Menolak Sedekah

Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata : “Adalah Rasulullah SAW apabila dibawa kepadanya sesuatu makanan baginda pun menanyakan tentang makanan itu apakah ia hadiah atau sedekah? Maka jika dikatakan sedekah berkatalah nabi kepada para sahabat: “Makanlah kamu.” Sedangkan baginda sendiri tidak memakannya. Dan jika dikatakan hadiah, nescaya baginda memegangnya dan memakannya bersama-sama mereka.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Abu Hurairah r.a berkata : “Adalah Rasulullah SAW apabila dibawa kepadanya sesuatu makanan baginda pun menanyakan tentang makanan itu apakah ia hadiah atau sedekah? Maka jika dikatakan sedekah berkatalah nabi kepada para sahabat: “Makanlah kamu.” Sedangkan baginda sendiri tidak memakannya. Dan jika dikatakan hadiah, nescaya baginda memegangnya dan memakannya bersama-sama mereka.”

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:26 pm

Pahalanya Tetap Ada

Hadith :
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:27 pm

Panduan Bagi Orang-orang Yang Ditimpa Bencana

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:27 pm

Pemergiannya Satu Istirahat

Hadith :
Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :“Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : “ Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT. Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:28 pm

Pergerakan Di Dalam Solat

Hadith :
Dari Mu’aiqib r.a katanya, nabi s.a.w pernah berkata tentang menyapu tempat sujud ketika solat untuk meratakan atau membersihkannya. Sabda baginda:”Jika memang diperlukan, boleh dilakukan sekali sahaja.”

(Muslim)

Perihal Jin

Hadith :
Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".

Abu Zar r.a

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan syaitan.
ii) Sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang dikenali sebagai “syaitan manusia”.
iii) Maka berwaspadalah dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, janganlah sekali-kali terikut atau berkompromi dengan “syaitan manusia” ini kerana kesudahannya kita akan ditimpa malang (kemudharatan) akibat daripada kejahatan mereka.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:29 pm

Perwatakan Rasulullah S.a.w

Hadith :
Dari Bara’ r.a katanya:”Rasulullah s.a w adalah orang yang paling elok mukanya dan amat baik perawakannya. Baginda tidak tinggi dan tidak juga rendah.”

(al-Bukhari)

Pintu-pintu Amal Kebajikan

Hadith :
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam apa jua bentuk maka di akhirat kelak seluruh pengawal-pengawal pintu syurga, masing-masing mempersilakan masuk orang-orang yang melakukan amal kebajikan ini melalui pintu yang dijaga mereka dan ada juga segolongan orang yang mendapat penghormatan untuk memasuki kesemua pintu-pintu kebajikan.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:29 pm

Puasa Bulan Syawal

Hadith :
Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”

(Muslim)

Sebaik-baik Pemberian

Hadith :
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik pemberian ialah unta yang mempunyai susu, yang banyak susunya dan kambing yang banyak susunya. Dia pergi pada pagi hari dengan satu bejana dan kembali dengan satu bejana pula.”


(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Hadis ini menunjukkan keutamaan kita memberikan unta (binatang) yang banyak menghasilkan manfaat kepada si penerima. Kata orang: "Tangan yang di atas (orang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).” Namun dalam hal ini sedekah yang tersembunyi itu adalah lebih baik dan lebih utama daripada sedekah yang dilakukan secara terang-terangan. Ia lebih dekat kepada keikhlasan yang merupakan roh segala amalan dan ia lebih jauh daripada perasaan riak yang merosakkan amalan.



abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:30 pm

Sedekah Hanya Dikira Dari Usaha Yang Baik

Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah. Allah menyuruh kita agar menginfakkan harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan agar makan, minum, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini adalah datang daripada sumber yang halal. Sebenarnya bersedekah adalah antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:30 pm

Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka

Hadith :
Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”

(Muslim)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:31 pm

Senang Dan Menyenangkan

Hadith :
Dari Abu Qatadah bin Rabi’ r.a beliau menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Nabi SAW, lalu baginda bersabda:”Senang dan menyenangkan” Para sahabat bertanya:” Apa maksud ucapan tuan itu Ya Rasulullah?” Jawab nabi SAW:”Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. Dan apabila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang daripada kejahatannya.”

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Sun 20 Dec 2009, 1:31 pm

Separuh Pahala

Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : “ Apabila seorang wanita menafkahkan sebahagian dari hasil usaha suaminya tanpa izin suaminya maka bagi suaminya separuh pahala.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Orang yang turut membuat kebajikan bersama-sama dengan orang lain akan juga beroleh pahala. Para ulama’ membenarkan isteri menafkahkan harta suaminya jika telah diizinkan oleh suaminya sama ada secara terang atau menurut uruf (kebiasaan). Namun bagi pengeluaran yang sedikit yang biasa dilakukan oleh si isteri seperti memberi sedekah kepada peminta sedekah atau memberi makan kepada tetamu, hal tersebut tidaklah memerlukan kepada keizinan si suami namun janganlah pula ia berlaku secara keterlaluan, merosakkan harta atau sampai kepada tahap pembaziran.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  Sponsored content Today at 2:26 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 9 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum