Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 22 on Sun 20 Oct 2013, 12:56 am

muhasabah diri dan penghayatan

Page 2 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Go down

Keistimewaan Ramadhan

Post  dark soul on Tue 04 Aug 2009, 9:41 pm

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAHAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.

3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.

5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi .h telah berkata:

"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, masa. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia." – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.

8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Apakah itu Lailatulqadar?

Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu. Selain itu, apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya ditetapkan oleh ALLAH pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah itu termasuk bid’ah paling mungkar kerana tidak ada contoh daripada Rasulullah s.a.w dan wajib ditinggalkan. Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan." - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 867.

Keistimewaan malam yang penuh berkat ini diperjelaskan lagi oleh ALLAH melalui firman-NYA:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh berkat. (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran) pada malam yang berkat itu, di samping menjelaskan (kepada malaikat) semua perkara yang mengandungi hikmah serta takdir yang akan berlaku." – Surah al-Dukhaan: 3-4.

Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.

Aisyah .a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.

Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di bulan Ramadan, antaranya mempergiatkan ibadah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib .a:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. Aku juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

dark soul

Posts : 28
Join date : 2009-05-08

View user profile

Back to top Go down

INfo puasa

Post  dark soul on Tue 04 Aug 2009, 9:43 pm

Firman ALLAH Ta’ala :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Keutamaan Puasa

Diantara keutamaan puasa adalah sebagai berikut :

1. Puasa merupakan perisai dari berbagai hawa nafsu.

2. Puasa sangat istimewa dihadapan ALLAH, karena setiap ibadah adalah untuk kepentingan seorang hamba kecuali puasa, sehingga Dia sendiri yang akan membalasnya.

3. Orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas akan memasuki syurga melalui pintu khusus yang bernama Al-Rayyaan.

4. Diantara doa yang mudah dikabulkan oleh ALLAH adalah doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka, atau pada saat berbuka.

5. Dari sisi jasmaniyah, puasa berupaya menjaga kesihatan tubuh.

Kepelbagaian Puasa

Puasa dibezakan atas yang fardhu, yang tathawwu’, yang diharamkan, dan yang makruh.
Puasa yang fardhu adalah puasa Ramadhan, puasa kaffarat, dan puasa nadzar.

Puasa yang tathawwu’ adalah puasa Dawud (yakni puasa sehari dan berbuka sehari), puasa Isnin dan Khamis, puasa tiga hari setiap bulan (yakni pada Ayyamul Biidh : tanggal 13, 14, 15 setiap bulan qamariyah) = Abu Dzar Al-Ghifari berkata: Rasulullah saw memerintahkan kami untuk berpuasa tiga hari dalam sebulan, yakni pada ayyamul bidh: tanggal 13, 14, dan 15 setiap bulan. Beliau bersabda: Puasa itu (jika dilakukan setiap bulan) seperti puasa sepanjang tahun). hari An-Nasa-i, dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban., puasa enam hari di bulan Syawwal, puasa pada hari Arafah bagi yang tidak berhaji, puasa lapan hari di bulan Dzulhijjah, puasa Taasuu-aa’ (9 Muharram) dan puasa ‘Aasyuuraa’ (10 Muharram), puasa pada bulan-bulan haram yaitu Muharram, Rajab, Dzulqa’dah, dan Dzulhijjah, puasa pada bulan Sya’ban, puasa pada hari dimana tidak punya makanan.

Puasa yang dilarang (haram) adalah puasa sunnah seorang wanita tanpa izin suaminya sementara suaminya itu hadir, puasa pada hari syakk (yang diragukan), puasa pada hari ‘Id (baik ‘Idul Fithri atau ‘Idul Adhha), puasa pada hari-hari Tasyriq (yakni 11, 12, dan 13 Dzulhijjah), puasa wanita yang sedang haidh atau nifas, puasa wishal (siang dan malam sekaligus), puasa yang sangat dikhuatirkan akan menyebabkan kebinasaan bagi pelakunya.

Sedangkan puasa yang makruh adalah puasa khusus hari Jum’at atau Sabtu dan puasa dahr (puasa setiap hari).

Syarat-syarat Puasa

Syarat wajibnya puasa adalah :

• Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
• Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
• Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.
• Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
• Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari yang lain.

Adapun syarat sah puasa adalah :

• Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
• Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.
• Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
• Berniat tiap-tiap malam.
• Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.
• Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.

Sunnah-sunnah Puasa

1. Makan sahur (antara tengah malam sehingga terbit fajar) dan mengakhirkannya adalah ebih utama
2. Menyegerakan berbuka
3. Berdoa selama berpuasa dan pada saat berbuka
4. Memberi makan orang yang berpuasa
5. Menjaga semua anggota tubuh dari dosa
6. Banyak bersedekah dan berbuat baik kepada sesama manusia
7. Mandi hadas (karena junub, suci dari haidh, suci dari nifas) sebelum terbitnya fajar
8. Banyak membaca Al-Qur’an dengan disertai tadabbur, dan banyak mempelajari ilmu-ilmu agama selama bulan Ramadhan (lalu diteruskan di bulan-bulan lain)
9. Memperbanyakkan beribadah, terutama dengan beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan
10. Melakukan qiyamul lail (qiyam Ramadhan) selama bulan Ramadhan

Batalnya Puasa

1. Makan dan minum
2. Masuknya sesuatu yang zahir kedalam perut melalui rongga tubuh
3. Muntah secara sengaja
4. Haidh , nifas, atau melahirkan
5. Onani (istimna’)
6. Murtad
7. Jima’ (berhubungan kelamin) : Kafarahnya adalah membebaskan budak, atau berpuasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang miskin.

Hal-hal yang Dibolehkan Selama Berpuasa

1. Menyiram air ke tubuh atau membenamkan diri kedalam air
2. Bercelak, mencuci mata dengan air, atau memasukkan apapun ke kelopak mata
3. Berbekam, kecuali jika akan melemahkan yang dibekam maka hukumnya makruh.
4. Berkumur-kumur (madhmadhah) atau membersihkan hidung dengan air (istinsyaq), kecuali jika berlebihan maka hukumnya makruh.
5. Merasai makanan sekadarnya, sepanjang tidak sampai ke kerongkongan.
6. Mendapati waktu subuh dalam keadaan junub
7. Wanita yang terputus darah haidh atau nifasnya sebelum shubuh boleh mengakhirkan mandinya pada waktu shubuh.

Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :


نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :


عن قضاء فرض رمضان لله تعالى نويت صوم غد


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa


اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.


Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Sebab-sebab Dibolehkan Berbuka

Pertama. Bermusafir (perjalanan jauh) : wajib qadha’

Kedua. Sakit : wajib qadha’. Jika sakitnya tidak diharapkan kesembuhan maka tidak perlu meng-qadha’ tetapi cukup bayar fidyah.

Ketiga. Hamil : diperselisihkan penggantiannya

Keempat. Menyusui : diperselisihkan penggantiannya

Untuk wanita yang hamil atau menyusui :

Jika khuatir terhadap dirinya sendiri saja : wajib qadha’ saja

Jika khuatir terhadap anaknya saja :
• menurut jumhur : wajib qadha’ saja
• menurut Imam Syafi’i : wajib qadha dan juga fidyah

Jika khuatir terhadap dirinya dan juga anaknya :
• menurut Ibnu Umar dan Ibnu Abbas : wajib bayar fidyah saja
• menurut Imam Syafi’i : wajib qadha’ saja

Kelima. Lanjut usia : wajib bayar fidyah

Keenam. Lapar atau haus yang tersangat : wajib qadha’

Ketujuh. Paksaan : wajib qadha’
Keterangan : Membayar fidyah ertinya memberi makan seorang miskin sebanyak hari dimana seseorang meninggalkan puasa. Besarnya fidyah menurut jumhur adalah satu mudd, sedangkan menurut Hanafiyah adalah setengah sha’.

Lewat qadha' puasa:
• Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.
Orang yang mati sebelum qadha' puasa:
• Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.
• Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.
• Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin


"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


Wallahu’alam

Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:
Almukminun
18 Sya’aban 1429H

http://almukminun.blogspot.com/

Rujukan:
Kitab Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhabil Imam as-Syafie’

dark soul

Posts : 28
Join date : 2009-05-08

View user profile

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  *NiA* on Fri 14 Aug 2009, 7:26 pm

BiLa ManuSia SuSah Nak BeruBah,
BilA ManusIa x boLeH JaDi OraNg Lain,
TapI ManUSia Boleh Jadi LebIh Baik.........

*NiA*

Posts : 24
Join date : 2009-07-24
Age : 28

View user profile

Back to top Go down

ALLAH itu WUJUD

Post  *NiA* on Tue 18 Aug 2009, 11:23 am

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
> > > > > > > > > > > > > > > > '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.'' Like a Star @ heaven flower

*NiA*

Posts : 24
Join date : 2009-07-24
Age : 28

View user profile

Back to top Go down

20 sikap lelaki yg dibenci wanita

Post  afqh on Tue 18 Aug 2009, 3:36 pm

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

afqh

Posts : 43
Join date : 2009-07-29
Age : 26
Location : Shah Alam

View user profile

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  azraf on Tue 18 Aug 2009, 10:21 pm

From: Mohd Jais A Rahman <jaisjun2005@ yahoo.com>
Date: Mon, 28 Aug 2006 07:55:57 +0100 (BST)
Subject: PERANGKAP KRISTIAN

Assalamu'alaikum,

Baru-baru ini Lawyer Zulkifli Nordin ada membuat
ceramah di Surau An-Nur Bandar Menjalara Kepong, KL.
Beliau ada membawa Injil dalam bahasa melayu (Judul
buku tu, AL KITAB), sesiapa yang kurang mahir dalam
bab-bab Islam, bila baca boleh terpengaruh dengan
dakyah Kristian laknatullah ini. Oleh yang demikian
berwaspada bila terjumpa sesiapa memberi buku ni
secara percuma, terutama di sekitar Damansara/PJ.

Saya ada membuat rakaman video ceramah tersebut, kalau
berminat nak salinan nya boleh hubungi saya.

Dibawah ini saya dapat email untuk makluman kita
bersama.

Subject: AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM - BACALAH DAN
PK2KAN
>>Date: Fri, 11 Aug 2006 11:50:23 +0800
>>From: "Mastura Kamaruddin"
>>
>>Subject: [Fwd: AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM]]]
>>
>>Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah
berkesempatan
>>mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di
sekolah menengah agama
>>berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya
bersekolah.
>>Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput
adalah Dr. Rubiah
Kulup Hamzah . Selain menjadi penceramah motivasi, Dr.
Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM,
UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan
NGO Islam.
>>
>>Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit
maklumat yang
>>disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang
hangat
diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan"
>>
>>PERANCANGAN
>>
>>Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO
Islam yang lain,
>>pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak
Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk
menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk
dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka
telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia
Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja
kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang
dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang
digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan
kami yang hadir semua.

Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap
anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

>>MEMIKAT
>>
>>Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuh an kristian
telah
>>Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin
secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita
terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama,
mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan
>>100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat
Islam akan
mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak
diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan
berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang
berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya
tidak sanggup menghadapinya"
>>
>>Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara
agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan
kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut
agama saya, kita hanya perlu untuk membuat >>pengakuan
dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala
dosa.
Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita
ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan
tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib
dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka,
kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option
terbaik buat kita"
>>
>>Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar
anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi
mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk
mendampingi anak jejaka kita kerana mereka
>>sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan
mengena.
>>
>>MURTAD
>>
>>Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan
dalam NGO
>>Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam
yang memilih
option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya
diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah
agama & bangsa. Mereka seterusnya
mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad)
dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.
>>
>>Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith
Council) telah
>>berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar
Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi
katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan
umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah
sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa
curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan
mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan
atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan
demi alasan >>diterimaâ₦â₦â₦hinggalah satu
masa nanti saudara mara
>>terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari
statistik puluhan
ribu mangsa.
>>
>>Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid
Wilayah, Ahad yang
>>lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah
berjaya diterima.
>>Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan
untuk mengangkat
>>senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling >>bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan
kepada para jejaka
>>kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik
untuk memikat
>>gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan
mereka.
Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia
bergantung kepada latar belakang gadis yang
disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua
adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis
bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang
mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada
peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk
berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui
hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun
hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan
berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan
kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah
laku anak-anak gadis kita ini.

Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah
semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?",
"Didalam masyarakat saya, tidak
Pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu
berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak".
"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan
lebih dekat lagi"
>>
>>Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama
kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima
kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula
menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam
>>dengan lebih dekat lagi.
>>
>>PERANGKAP
>>
>>Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah
menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan
persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan
begitu "gentleman" sekali. Mereka akan
>>ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan
rakan-rakan yang
lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan
"ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para
ibubapa.
>>
>>Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis
telah mula
ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan
sabarnya ketika untuk
>>memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama.
Apabila sigadis
didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan
seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta
sehingga sigadis Ter NODA. Ketika inilah, perangkap
mereka sudah mula mengena.
>>
>>DILEMA
>>
>>Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali,
dua, tiga atau
>>seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya
dikira
benar-benar mengena apabila sigadis didapati berbadan
dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan
kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya
akan bertanggung jawap diatas perbuatan mereka seraya
berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya,
maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan
agama"
tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan
negara.
>>
>>DOA
>>
>>"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita
berusaha, marilah
>>kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita
akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga
dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di
Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
>>Aminâ₦â₦Ya Rabbil A'lamin.

azraf

Posts : 6
Join date : 2009-08-01
Age : 27
Location : keratong 8,muadzam shah,pahang

View user profile

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  dark soul on Mon 24 Aug 2009, 10:56 pm

dasyat tol...aku mcm penah dengar citer tu...memang betul tu..

dark soul

Posts : 28
Join date : 2009-05-08

View user profile

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:46 am

Hadis Pertama: " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :
" Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :" bahawasanya amalan-amalan itu adalah
( bergantung ) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:47 am

Hadis Kedua: Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:47 am

Hadis Ketiga " Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:48 am

Hadis Keempat " Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari.
... Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:48 am

Hadis Kelima " Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:48 am

Hadis Keenam "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:49 am

Hadis Ketujuh: Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. '

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:49 am

Hadis Kelapan Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. '

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:49 am

Hadis Kesembilan :Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:50 am

Hadis Kesepuluh :Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:51 am

Hadis Kesebelas :Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. "


Hadis Keduabelas :Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam sesaorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:52 am

Hadis Ketigabelas :Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.


Hadis Keempatbelas :Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.'

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:52 am

Hadis Kelimabelas :Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:52 am

Hadis Keenambelas :Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:52 am

Hadis Ketujuhbelas :Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:53 am

Hadis Kelapanbelas :Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:53 am

Hadis Kesembilanbelas :Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 4:53 am

Hadis Keduapuluh :Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '


Hadis Keduapuluh Satu :Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  Sponsored content Today at 2:29 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum