Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 22 on Sun 20 Oct 2013, 12:56 am

muhasabah diri dan penghayatan

Page 4 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:08 am

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : seseorang yang mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka." (Hadith riwayat Anas r.a)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:08 am

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (Hadith riwayat Tariq bin Syihab r.a.)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Barangsiapa membenci ayahnya bererti dia kafir." (Hadith riwayat Abu Hurairah r.a.)


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:08 am

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir." (Hadith riwayat Abdullah bin Mas'ud r.a.)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mahukah aku menceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibubapa dan bersaksi palsu atau berkata-kata palsu." (Hadith riwayat Abu Bakrah r.a.)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:09 am

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati Allah". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu ? Rasulullah bersabda : "Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, tidak memikirkan untuk melakukan kejahatan serta perempuan yang beriman kepada Allah dan rasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina." (Hadith riwayat Abu Hurairah r.a.)

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

20 amalan rezeki

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:10 am

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:11 am

20 Fakta Mengerikan Mengenai Masa Depan Kita dan Bumi

Bumi kita ini tidak akan bertahan selamanya, sedangkan kita bergantung pada bumi untuk bertahan hidup. Kita akan binasa semuanya apabila bumi hancur oleh berbagai sebab. Kedengarannya menakutkan sekali, tetapi kita perlu menyadari bahwa sumber daya bumi terbatas. Penggunaan sumber daya bumi secara serampangan seperti sekarang ini, bisa menyebabkan kehidupan manusia berakhir dalam kehancuran.


Para ilmuwan berspekulasi mengenai perubahan-perubahan komposisi bumi, apakah itu tentang pemanasan global atau sumber daya mineral yang sudah mulai merosot. Marilah kita mengamati bagaimana kita secara perlahan namun pasti menuju kepada kehancuran yang dibuat oleh tangan kita sendiri.

Jadi bagaimanakah masa depan kita dan bumi yang kita diami ini? Berikut ini fakta-faktanya :

1. Pemanasan global adalah satu peristiwa yang tak bisa dielakkan yang mempengaruhi kondisi iklim di bumi. Badai yang menghancurkan, gelombang air pasang, tsunami dan kelaparan akibat kekeringan akan terus berlanjut meskipun usaha-usaha untuk mengendalikan polusi dan kerusakan lingkungan telah dilakukan. Bumi berusaha untuk terus eksis dengan melakukan perbaikan alami, tetapi kita manusia akan menerima akibatnya dikarenakan proses perbaikan itu sangat dahsyat dan tidak terkendali.

2. Peningkatan kecil rotasi bumi diakibatkan ketidakseimbangan isi kandungan perut bumi yang terkuras, bisa mempengaruhi kita dengan berbagai cara. Banjir dahsyat yang menenggelamkan segalanya, atau gletser-gletser yang menghilang selamanya. Itu bisa berarti kekurangan air, pangan dan merajalelanya penyakit serta meluasnya kelaparan. Beberapa spesies hewan dan tanaman menjadi punah.

3. Terjadinya perubahan pola peruntukan tanah, di mana sekarang lebih banyak orang-orang hidup di kota-kota besar dibanding dengan di daerah pedesaan. Kota-kota penuh sesak sehingga harus memperluas areal untuk perumahan ke wilayah pedesaan dengan mengorbankan tanah pertanian. Kota besar yang kumuh dan kotor mengganggu kesehatan manusia dan menimbulkan bibit-bibit penyakit baru.

4. Produksi minyak mengalami peningkatan tahun 2008 dan 2018 akan mencapai puncaknya, dan itu berarti awal dari penurunan. Ini bisa menjadi pencetus suatu resesi energi global, konflik antar negara yang memperebutkan lahan minyak dan juga sumber makanan. Minyak sangat penting bagi setiap bangsa untuk melanjutkan aktivitas produksinya, termasuk pertanian dan peternakan. Kedepannya, menipisnya kandungan minyak di bumi bisa mempengaruhi hidup seluruh manusia di bumi secara signifikan.

5. Mobil mempunyai andil sebesar 3/4 dari semua gas buang yang dipancarkan alat transportasi. Sejak saat ini, dunia akan dipenuhi lebih dari satu milyar mobil yang berkeliaran di jalan-jalan di tahun 2030 dan akan bertambah hingga satu milyar lagi di tahun 2050. Hal berhubungan dengan 75% peningkatan CO2 selama setahun di atmosfer berasal dari pembakaran bahan bakar fosil (minyak bumi, gas bumi dan batu bara), sedangkan sekitar 20% CO2 yang memasuki atmosfer bumi berasal dari pembakaran BBM pada mesin-mesin kendaraan bermotor, selebihnya 80% emisi CO2 bersumber dari pembakaran bahan bakar fosil oleh mesin pembangkit tenaga listrik.

6. Karena peningkatan suhu udara akibat meningkanya kadar CO2, maka sedikit uap air bertahan di udara untuk membentuk awan. Hal ini berarti hujan akan menjadi lebih sedikit, dan secara langsung berakibat hasil produksi pertanian juga menurun. Akan terjadi di sekitar tahun 2020 di mana terjadi suatu periode yang sulit dan air bah tiba-tiba meningkat di semua bagian dari benua Eropa, karena mencairnya es di Kutub Utara. Sedangkan populasi penduduk bumi akan mencapai 7,7 milyar orang.

7. Sejak Hari Bumi yang pertama tahun 1970 hingga awal millennium baru, manusia telah membuat peningkatan emisi (gas buang) rumah kaca sebesar 70%.

8. Atmosfer bumi sekarang mengandung 40% lebih banyak CO2 dibandingkan dengan di awal Revolusi Industri.

9. Hasil pembakaran bahan bakar fosil dewasa ini menambah hampir 6 milyar ton CO2 ke dalam atmosfer bumi setiap tahunnya. Hanya separuhnya yang diserap oleh hutan-hutan dan samudera.

10. Hutan hujan pernah meliputi 14% dari permukaan bumi. Sekarang hanya tersisa sekitar 6% dan menurut perkiraan para ahli hutan hujan yang tersisa itu akan habis dikonsumsi kurang dari 40 tahun. 1 sampai 1,5 hektar hutan hujan lenyap setiap 1 detik sebagai konsekuensi tragis pembangunan di negara-negara industri dan berkembang.

11.Hampir separuh dari semua jenis flora, fauna dan mikro organisme akan musnah atau pasti terancam kepunahan dalam seperempat abad ke depan disebabkan oleh penebangan hutan-hutan hujan.

12. Perkiraan para ahli bahwa kita sedang kehilangan 137 jenis tanaman, hewan dan serangga setiap harinya karena penebangan hutan-hutan hujan. Atau sama dengan 50.000 jenis setiap tahunnya. Seiring dengan lenyapnya spesies-spesies di hutan hujan, demikian juga dengan berbagai macam pengobatan penyakit-penyakit yang mengancam hidup manusia. Sekarang ini, 121 obat-obatan yang dijual ke seluruh dunia berasal dari tanaman obat-obatan. Sementara itu 25% dari perusahaan obat-obatan di Barat mengambil bahan dari ramuan tanaman dari hutan hujan, dan lebih sedikit 1% dari pohon-pohon dan tanaman-tanaman tropis ini telah diuji coba oleh para ilmuwan.

13. Penebangan hutan yang bermaharajalela sekarang ini menyumbang 20% polusi pemanasan global diakibatkan oleh terhambatnya penyerapan kembali CO2.

14. Wabak penyakit terus bertambah baik ragam maupun jumlahnya karena polusi udara, air dan tanah meningkat, terutama sekali terjadi di negara-negara dengan pendapatan rendah.

15. Di tahun 2030 sekitar 18% dari gugusan karang laut akan lenyap karena perubahan iklim dan lingkungan. Dalam 2030 ini populasi penduduk dunia akan mencapai 8,3 milyar.

16. Tahun 2040 laut di Kutub Utara akan mengalami musim panas yang pertama tanpa ais.

17. Karena menghilangnya gletser dan terjadi musim kering yang panjang, produksi listrik dari pembangkit listrik tenaga air akan berkurang.

18. Luas padang pasir di permukaan bumi mengalami peningkatan disebabkan menaiknya suhu bumi. Pada akhir tahun 2007, Australia kehilangan 25% produksi pangannya karena hal ini.

19. Kadar karbon monoksida (CO) di atmosfer bumi terus meningkat.

20. Efek berbahaya dari aktivitas manusia dapat mempengaruhi sistem global dengan cara yang negatif. Perang, sebagai contoh, dapat menghancurkan bumi dalam berbagai jalan; pembunuhan massal, berkembangnya kelaparan dan penyakit, pembakaran bahan bakar fosil secara besar-besaran oleh mesin-mesin perang, termasuk juga pembabatan hutan dan pengambilan batu-batuan dan tanah untuk perbaikan kembali infrastruktur yang rosak.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:12 am

1. Sebelum Masehi bahasa inggrisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)
2. Ikan hiu kehilangan gigi lebih dari 6000buah setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam
3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman
4. Nama mobil Nissan berasal dari bahasa jepang Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
5. Jerapah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta

6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.
7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman korban.
8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya
9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana
10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’
11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi sampanye segar akan bergerak naik turun dalam gelas
12. Benjamin Franklin anak bungsu dari orangtua bungsu keturunan ke 5 dalam keluarga bungsu.
13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketekukan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka S***. di Jepang angka S*** adalah 4
14. Lidah jerapah panjangnya sekitar 50 cm
15. Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari
16. Kita bernafas kira-kira 23.000 kali setiap hari
17. Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
19. Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri)
20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita langsung merasa haus
21. 4 simbol raja pada kartu remi melambangkan 4 raja yang etrkenal di jaman masing-masing: Sekop = David/Raja Daud ; Keriting = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Wajik =Julius Caesar
22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75.000 liter
23. Setiap orang, termasuk kembar identik, sidik jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.
25. Lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. wanita 70 helai.
26. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik
27. Albert Einstein dan Charles Darwin,keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).
28. Unta punya 3 kelopak mata.
29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru
30. Seseorang masih akan sedar selama 8 detik setelah dipenggal

31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita bisa berkedip 5kali dalam sedetik
32. Coklat dapat membunuh anjing,karena langsung mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya
33. Tanpa dicampur ludah di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan
34. Kuku jari tangan tumbuh 4kali lebih cepat daripada kuku kaki
35. 13% orang di dunia adalah kidal
36. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan
37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya
38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya berupa kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata
39. Kalajengking bisa dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka,mereka akan murka dan menyengat dirinya sendiri
40. Tahun 1830an sos tomat biasa dijual sebagai obat.
41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).
42. India mempunyai Undang-undang hak untuk sapi
43. Jika bersin terlalu keras dapat meretakkan tulang iga. Jika mencoba menahan bersin, bisa mengalami pecah pembuluh nadi di kepala dan leher trus mati . jika memaksa mata terbuka saat bersin, bola mata bisa meloncat keluar.
44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip
45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud
46. Anak-anak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32
47. Karena langkanya logam, piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke II terbuat dari kayu
48. Setiap Siklus 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Siklus ini dinamakan “Solarmax”.
49. Ada 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi
51. Macan adalah anggota terbesar dalam keluarga kucing
52. Nomer “172? dapat ditemukan pada uang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.
53. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada hiu
54. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk bisa sejajar dengan Richard Gere. Maka digunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.
55. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun
56. Kode Telephone Internasional untuk Antartica adalah 672.
57. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Kebun Binatang Berlin.
58. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 mil per jam
59. 10 tahun diperlukan bagi Leonardo Da Vinci untuk melukis Mona Lisa.Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikhl. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut sinar X, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.
60. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox
61. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filam agar kita bisa melihat semua gerakannya.
62. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori
63. Darah sama kental dengan air laut
64. Air laut di samudra Atlantik lebih asin dari pada di samudra Pasifik
65. Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Helloween’ sebenernya topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih, karena kurang dana
66. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.
67. Bayi lahir setiap 7 detik
68. Satu dari 14 wanita Amerika berambut pirang asli. Prianya hanya satu dari 17
69. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan melayani dengan selamat selama 25 tahun.
70. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat
71. Di Amerika, seseorang didiagnosa menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS tiap 10 minit
72. Sampai usia 6 bulan, bayi bisa menelan dan bernafas secara bersamaan. Orang dewasa tidak bisa
73. Alasan kenapa diiklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam seperti sedang tersenyum
74. Tiap tahun bulan menjauh 3.82 cm dari bumi
75. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, sabuk kulit dan sepatu keds adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandung cukup gizi untuk hidup sementara.
76. Dalam satu titis air mengandung 50 juta bakteria
77. Dengan menaikan kaki pelan2 dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir hisap.
78. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau
79. Memakan seledri membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam seledri itu sendiri
80. Lobster dapat hidup selama 100 tahun
81. Permen karet tidak dijual di Disney Land
82. Mangunyah permen karet saat mengupas bawang mencegah kita menangis
83. Rahang kucing gak bisa bergerak kekiri dan kanan
84. Nama Artic (kutub utara) berarti beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara
85. Jika kira berdiri di dasar sumur, kita bisa melihat bintang walaupun di siang hari
86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.
87. Orang kebanyak yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .
88. Tehnik mengaduk terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W
89. Adegan band yang terus bermain musik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata
90. Buku Guinness Book of Records memegang rekor sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan
91. 35% dari orang yang ikut kontak jodoh lewat internet, sudah menikah
92. CocaCola dulu berwarna hijau
93. Secara fisik, **** tidak bisa melihat ke langit
94. Semua beruang kutub kidal
95. Kelelawar selalu belok kiri jika terbang keluar gua
96. Jim Henson pertama kali memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”
97. Gajah satu-satunya hewan yang tidak bisa meloncat
98. The Michelin man (figur berbaju dan bertopi putih diiklan Michelin) bernama Mr. Bib. nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.
99. Kita tidak bisa menjilat siku kita sendiri
100. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak bisa mengingat apa yang kita inginkan.
101. Sekitar 14% pecandu yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.
102. Kalimat yang bisa dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut “palindrome” .
103. Siput bisa tidur selama 3 tahun
104. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata
105. Orang di Cina lebih banyak yang berbahasa Inggris dari pada orang di Amerika
106. Karena pengaruh rotasi bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya dari pada kearah timur
107. Satu dari 9000 orang menderita albino
108. Kursi listrik ditemukan oleh seorang dokter gigi
109. Kita berulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia
110. Setiap manusia dalam hidupnya rata-rata habis untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu
111. Botol aqua dan tempat makan plastik baru bisa terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50.000 tahun
112. Kucing bisa membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya bisa sekitar 10
113. Gigi berang-berang tak pernah berhenti tumbuh
114. Kelelawar adalah satu-satunya mamalia yang bisa terbang
115. Jika boneka Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84 cm). Tingginya sekitar 215 cm dan punya leher 2kali lebih panjang daripada manusia normal
116. Tikus beranakpinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.
117. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembangbiakan bakteri dalam kuping 700 kali lebih cepat.
118. Seekor Babon bernama ‘Jackie’ menjadi prajurit resmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia I
119. Bibliophile adalah sebutan untuk kolektor buku-buku langka. Bibliopole adalah penjual buku-buku langka
120. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam semenit
121. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.
122. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata
123. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.
124. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu lari sepanjang lapangan bola sebelum benar-benar mati.
125. Kecoak bisa hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati karena kelaparan
126. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari
127. Umur dari capung adalah 24 jam
128. Pada Usia 3 bulan janin manusia mulai terbentuk sidik jari.
129. Butuh waktu 6 bulan untuk kuku kaki tumbuh dari bawah paling bawah sampai ujung kuku.
130. Daya ingat ikan hanya 3 detik
131. Bulan purnama 9 kali lebih terang daripada bulan setengah.
132. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.
133. Beruang dewasa dapat lari secepat kuda
134. Tulang kuda lebih banyak 18 buah dari tulang manusia
135. Ubur-ubur terdiri dari 95% air
136. Kulit Zebra adalah putih yang bergaris hitam
137. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna
138. Biji apel mengandung sianida
139. Tikus dan kuda tidak bisa muntah
140. Penguin adalah burung yang tidak bisa terbang tapi bisa berenang.
141. Astronot dilarang mengkonsumsi kacang sebelum menjelajah ruang angkasa karena jika buang angin dalam baju khusus astronot dapat membahayakan mereka.
142. Winston Churchill lahir di toilet wanita saat acara dansa
143. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag
144. Kucing berkeringat melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)
145. Kucing tidak bisa merasakan rasa manis
146. Coklat meleled dalam mulut karena titik lelehnya adalah 35 derajat celcius
147. Dalam perang dahulu, orang yang buta warna dibutuhkan dalam tim pendeteksi kamuflase di militer
148. Sapi tidak punya gigi atas
149. Hedenophobic berarti takut akan kesenangan.
150. Pendeta Mesir kuno mencabuti setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.
151. Buaya tidak bisa menjulurkan lidah.
152. Kentut sapi termasuk penyebab utama global warming
153. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga
154. Kucing rumah benci bau lemon dan semua yang berbau sitrus
155. Donal Bebek dilarang beredar di Finlandia karena Donal tidak pakai celana
156. Nama asli Donal bebek adalah Donald Flauntleroy Duck
157. Indra perasa kupu-kupu ada dikakinya
158. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap
159. Mata burung unta lebih besar dari otaknya
160. Bintang laut tidak punya otak
161. Tiap manusia punya telinga yang berbeza
162. Telur segar tenggelam diair, telur yang kadaluarsa mengambang
163. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga
164. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit
165. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)
166. RSVP adalah Respondez s’il Vous Plait yang artinya ‘mohon jawaban’
167. Mata manusia yang sehat (tidak buta warna) dapat menbezakan 500 jenis warna abu-abu.
168. Ikan mas yang bunting disebut ‘twit’.
169. Eropah adalah benua tanpa padang pasir
170. Lalat meloncat mundur saat akan terbang
171. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada tiap telinga
172. A honeybee can fly at fifteen miles per hour.
173. Macan mempunyai kulit yang belang,bukan hanya bulu yang belang.
174. A “jiffy” is the scientific name for 1/100th of a second.
175. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil
176. Kambing mempunya pupil mata segi empat
177. Novel pertama yang menggunakan mesin tik adalah Tom Sawyer
178. Hamster sangat suka makan jangkrik
179. Pemantik ditemukan sebelum korek api
180. Rata-rata dalam setiap batang permen coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.
181. Tanduk badak terbuat dari rambutnya yang mengeras
182. Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 menit.
183. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih dari pada yang kotor
184. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna bening, dan tampak putih di salju.
185. Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal saat lahir, maka nama tengah Elvi adalah Aron, untuk menghormati saudaranya.
186. Landak punya sidik jari yang mirip manusia.
187. Kuda Nil kentut lewat mulut.
188. Shakespeare yang menemukan kata “assassination” dan “bump.”
189. Mahluk yang bisa tersipu-sipu hanya manusia
190. Jika kita memelihara ikan mas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah putih.
191. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki.
192. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan “GP”, bahasa militer untuk General Purpose.
193. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal
194. Jika semua emas dalam laut ditambang, setiap manusia didunia bisa mendapat emas 20 kg masing2.
195. Jika paru2 manusia berhenti bekerja, manusia akan mati dalam 8 samapai 24 jam
196. Seorang “quidnunc” adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.
197. Jika matahari tiba-tiba padam,memerlukan 8 minit untuk manusia untuk menyedarinya.
198. Leonardo Da Vinci yang menemukan gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.
199. Dalam 4000 tahun, tidak ada jenis binatang peliharaan baru.
200. 25% dari tulang manusia ada di kaki.
201. David Sarnoff adalah orang yang menerima isyarat Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi kepala jaringan radio, the National Broadcasting Company (NBC).
202. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.
203. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita aka lebih dulu mati keracunan co2 dari pada kekurangan o2
204. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.
205. Berdiri lama tanpa menekuk lutut sama sekali akan membuat kita pingsan

206. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat dapat tercium dalam nafas kita.
207. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua ujung tangan adalah sama dengan tinggi kita.
208. Liburan selama sebelas hari berarti kita punya waktu hampir sejuta detik untuk menikmatinya
209. Dalam film Silence of The Lambs, tokoh Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.
210. Di jepang, warung kopi disebut ‘Kissaten’.
211. Merebus telur burung unta memerlukan selama 40 minit
212. Jaguar takut pada anjing
213. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari
214. Johnny Deep takut pada badut
215. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di system suria kita, lebih besar dari planet Merkurius.
216. Dalam golf, ‘Bo Derek’ adalah istilah untuk nilai 10.
217. Koala punya dua jempol
218. Latte dalam bahasa Italia adalah susu
219. Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwyrndro bwlll… adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggris.
220. Di Italia, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama ‘ Topolino’
221. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.
222. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.
223. Nyamuk lebih suka anak-anak daripada orang dewasa.
224. Partikel debu didalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati
225. Rat-rata orang bergerak 40 kali dalam tidurnya
226. Dalam bahasa Inggris, ‘Naked’ artinya tanpa perlindungan. ‘Nude’ artinya telanjang
227. Broccoli dan kembang kol adalah sayuran yang berupa bunga.
228. Anak baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.
229. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangun Taj Mahal.
230. Dalam survey terhadap 200000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satupun yang menanamkepalanya dalam tanah.
231. Nail Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.
232. Shuttlecock untuk badminton harus punya 14 bulu.
233. Mutiara bisa larut dalam cuka.
234. **** tidak dapat berkeringat karena tidak punya kelenjar keringat. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.
235. Venus dan Uranus adalah planet di system suria kita yang berputar melawan jarum jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.
236. Microwave ditemukan setelah seorang ilmuan yang berjalan melewati tabung radar mendapati permen coklatnya meleleh disakunya.
237. Ikan hiu kebal terhadap kanker
238. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen
239. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.
240. Kita bisa menghela sapi naik tangga, tapi tidak bisa menghela mereka turun tangga.
241. Plakat yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi “Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND.”
242. Alpabet Hawai terdiri dari 12 huruf saja
243. Nama paling popular di dunia adalah Muhammad.
244. Bola mata kita beratnya sekitar 28 gram
245. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan karena memberi tempat terhadap jantung.
246. Pinguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak bisa menyeberangi equator.
247. Kebanyakan orang bisa mendengar lebih baik dengan kuping kanan
248. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya
249. Rata-rata klakson mobil berbunyi pada nada F
250. Lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Mahkamah Syariah tentukan agama

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:15 am

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam menolak permohonan seorang ibu untuk mengisytiharkan penukaran agama dua anaknya kepada Islam adalah batal dan tidak sah.

Hakim Datuk Faiza Tamby Chik yang membuat keputusan itu berkata, hanya Mahkamah Syariah mempunyai kepakaran perundangan dari segi hukum syarak dalam menentukan sama ada penukaran agama kedua kanak-kanak itu sah atau sebaliknya.

Katanya, selepas membuat penelitian yang mendalam terhadap segala bukti dan juga keadaan semasa, dan berdasarkan kepada Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, beliau memutuskan bahawa Mahkamah Syariah berkelayakan untuk menentukan status kanak-kanak terbabit.

Pada ketika ini,satu-satunya cara yang patut dilakukan oleh ibu terbabit adalah mendapatkan pertolongan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Dalam kes ini, kanak-kanak itu adalah saudara baru atau muallaf, oleh itu ibu mereka boleh membawa anaknya ke MAIWP untuk mendapatkan nasihat dan menyelesaikan isu berkenaan, katanya.

Ibu kanak-kanak itu, S Shamala, 32, memfailkan saman bermula tahun lalu dengan memohon diisytiharkan bahawa penukaran agama anak lelakinya, Saktiswaran, tiga tahun 11 bulan dan Theiviswaran, dua tahun lima bulan, oleh suaminya, Dr M Jeyaganesh, yang kini dikenali sebagai Muhammad Ridzwan Mogarajah, 36, yang memeluk Islam, adalah batal dan tidak sah.

Beliau menamakan Dr Jeyaganesh sebagai defendan pertama dan MAIWP sebagai defendan kedua.

Dalam permohonannya, Shamala mendakwa penukaran agama itu dibuat tanpa pengetahuan dan kebenarannya, sebagai ibu kandung kedua-dua anak itu.

Beliau juga mendakwa sebagai ibu kandung kanak-kanak itu, beliau mempunyai hak untuk menentukan agama mereka mengikut Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kedua-dua anak lelakinya itu ditukar agama kepada Islam pada 25 November 2002, selepas suaminya memeluk Islam pada 19 November 2002.

Shamala berkata, beliau dan Dr Jeyaganesh berkahwin pada 5 November 1998 dan didaftarkan mengikut Akta Undang-undang Pembaharuan (Kahwin dan Cerai) 1976 dan kedua-dua anak itu lahir hasil daripada perkahwinan berkenaan.

Mereka berkahwin mengikut upacara Hindu dan ketika berkahwin, kedua-dua mereka beragama Hindu.

Shamala diwakili peguam R Sivarasa dan Jeyaganesh diwakili peguam M Menon, manakala MAIWP sebagai defendan kedua diwakili peguam Zulkifli Che Yong, Azmi Mohd Rais dan Boestamam Ahmad.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Azahar Mohamed sebelum ini hadir di mahkamah sebagai amicus curiae atau rakan mahkamah.

Faiza kemudian menetapkan pada 24 Mei ini bagi tarikh perbicaraan untuk hak penjagaan kedua kanak-kanak terbabit.


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Hari-hari Menurut Islam

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:20 am

"Kami Akan Memperlihatkan Kepada Mereka Tanda-Tanda ( Kekuasaan ) Kami Di Segenap Penjuru Dan Pada Diri Mereka Sendiri, Sehingga Jelaslah Bagi Mereka Bahawa Al-Quran itu Adalah benar." (Surah al-Fushshilat 41:53)

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui." (Surah al-A'araaf 7:182)

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha penerima Taubat." (Surah An-Nasr 110:3)


Hari-hari Menurut Islam

Nabi Muhammad ditanyakan oleh sahabat-sahabat Baginda akan hari-hari yang tujuh, maka sabda Nabi Muhammad ,

Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan atau menjalinkan perhubungan dan pernikahan

Sabtu adalah dinamakan sebagai hari tipu daya kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah

Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan kerana pada hari Ahad, Allah swt. memulakan menciptakan dunia dan membangunnya

Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga kerana bahawasanya pada hari Isnin, Nabi Allah Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya

Selasa adalah hari berdarah kerana pada hari itu,bermulanya Siti Hawa (isteri Nabi Allah Adam ra.) berhaid dan pada hari itu juga bermulanya dan terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam ra. iaitu Qabil membunuh Habil

Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan kerana pada hari itu Allah swt. menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Allah Saleh ra. juga di binasakan oleh Allah swt. pada hari Rabu

Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat kerana bahawasanya Nabi Allah Ibrahim as. pergi ke istana raja Mesir,maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Asal-usul api di dunia ini

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:23 am

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
Jibril a.s supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan
nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut
daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka
utk
dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

jibril : sebesar kurma. ..

zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
akan
cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan didunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untk
mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

*:Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:26 am

Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa
dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita seharusnya menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin..

" WASIAT NABI MUHAMMAD Sallallahu 'alaihi wa sallam. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa
terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak
ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail
tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2
atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI
KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:28 am

Tahukah saudara/saudari semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat
tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mataNabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis.



Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya: Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.

Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."


abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

bacaan doa ketika mengambil wudhuk

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:30 am

Ketika berkumur,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

Ketika membasuh tangan kanan ,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:32 am


"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu:
* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
* Jika terpenjara akan dibebaskan.
* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
* Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik"

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:34 am

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya di sorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang
kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku.
Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat
terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di
neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat
mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati
tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya
Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insyaallah"

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

berhati hati memilih pemimpin

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:36 am

Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.

Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar”.

Pemimpin Dan Solat
Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.
Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda, “Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.’ Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat’.”
Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya.

Pemimpin Dan Zakat
Hubungan yang baik dengan Allah perlu disusuli dengan hubungan yang baik sesama manusia. Dalam erti kata yang lain, seseorang pemimpin Muslim perlu berada di masjid untuk beribadah dan perlu juga berada di rumah rakyat untuk membantu mereka. Kebajikan rakyat tidak boleh diabaikan termasuk dalam aspek material dan kesenangan duniawi. Jika boleh kemiskinan dibasmi sepenuhnya dan semua rakyat hidup dalam keadaan senang lenang.

Antara contoh yang terbaik ialah pemerintahan khalifah Omar bin Abdul Aziz. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin yang bertakwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam masa itu kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat ketika itu hidup dalam kemewahan. Berhubung dengan ini Yahya bin Said meriwayatkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk di berikan zakat namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya”.
Ibadah zakat yang disebutkan dalam surah al-Hajj ayat 41 menekankan tentang aspek ini. Kebajikan rakyat dalam aspek duniawi tidak boleh dipandang ringan.

Pemimpin Dan Amar Makruf Nahi Mungkar
Terdapat sebahagian pemimpin Muslim yang tidak melupakan solat dan zakat, tetapi mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, “Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama”.
Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf dan nahi mungkar. “Makruf” bermaksud “sesuatu yang baik mengikut pandangan syarak dan akal,” dan “mungkar” pula bermaksud “sesuatu yang berlawanan dengan makruf sebagai contoh, meninggalkan perkara yang difardukan serta kewajipan, ataupun melakukan perbuatan yang haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun besar”. Tafsiran ini disebutkan oleh Muhammad ibn Illan Al-Makki dalam Dalilul Falihin (Maktabah Al-Halabi, Mesir; jilid 2)

Aspek ini amat dipentingkan oleh Islam sehinggakan, mengikut riwayat Muslim, Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Justeru seseorang yang tidak menyeru kepada makruf dan pada ketika yang sama membiarkan serta menggalakkan perbuatan mungkar (dan yang lebih teruk lagi ialah dia sendiri terlibat melakukan kemungkaran itu), maka dia tidak layak menjadi pemimpin umat. Qadhi Iyad memfatwakan, “Apabila berlaku ke atas seseorang pemimpin tanda-tanda kekufuran, perbuatan mengubah syariat ataupun amalan bidaah, wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya. Ketika itu beliau hendaklah digantikan dengan seorang yang adil”. Fatwa ini dilaporkan dalam Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).
Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama. Rata-ratanya kita sudah mengetahui bahawa ilmu yang diperlukan bukanlah semata-mata ilmu tentang tajwid, rukun solat, mandi wajib, wuduk, tayamum dan yang seumpamanya. Ia lebih dari itu.
Di samping itu beliau juga merupakan peribadi yang bersedia untuk terus belajar dan mendengar serta menghormati pandangan golongan ilmuwan terutamanya dalam bidang agama.

Berhati-hati Memilih Pemimpin
Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman,  “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”

Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:41 am

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-'Ankabut 29: Ayat 2-3)

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); keran! a Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Aku bukak internet arie 2, aku tengok beberapa orang kat Palestin kena bunuh oleh Israel:

Aku tahu, mungkin sesetengah orang akan kata: "Nak buat camne, benda ni berlaku setiap hari", atau: "Alah, tu orang Palestin. Apa nak kisah". Yang menariknya, kat Malaysia pun, kes bunuh dah jadi macam tak menghairankan dah (teringat kat Norita, etc.). Yang lagi tension tu, bile kes-kes macam Norita tu menjadi berita sensasi, terutama pasal aktiviti-aktiviti luaran dia. Adakah kita boleh sekadar berkata: "Alah, tu orang lain. Apa nak kisah", atau: "Nak buat camne, memang berlaku setiap hari".

Sedangkan Nabi dah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri dia sendiri". Bagaimana kita nak mengasihi seseorang macam Norita tu? Bagi aku, Norita adalah mangsa keadaan, dan dia adalah hasil/produk masyarakat Malaysia sekarang. Aku rasa bersalah kerana dia dan berjuta-juta manusia kat Malaysia sekarang terpaksa hidup dalam keadaan sekarang, pasal aku rasa aku sepatutnya boleh buat sesuatu untuk mengubah masyarakat.

Cinta kepada saudara kita bukan bermakna kita kasi dia buat apa sahaja, tetapi bermaksud memastikan bahawa dia taat kepada Allah. Mana taknya, Adakah kita tak kisah kalau saudara atau saudari kita masuk neraka?

Dalam ayat yang aku kasi kat atas tu, Allah kasi amaran kepada sesiapa yang lebih mencintai dunia daripada berjihad ke jalan Allah. Dalam kes kita ni, bagi aku jihad ialah berusaha bersungguh sungguh untuk mengubah masyarakat Islam Malaysia kepada yang lebih taat kepada Allah. Aku takut aku termasuk ke dalam golongan orang-orang yang cinta kepada dunia tu. Aku lebih mudah untuk memikirkan tentang kereta, komputer, percutian, rumah, kerja, keluarga, daripada memikirkan tentang apa yang aku boleh buat untuk Islam. Aku teringat kat Abu Bakr As-Siddeeq RA, seorang peniaga yang berjaya, yang menyedekahkan semua harta dia ke jalan Allah. Bile ditanya apa yang dia tinggalkan untuk anak isteri die, die kata: "Allah dan Rasulnya".

Orang agama laen selalu ckp bahawa mereka teringin untuk melihat perubahan di dunia, cuma mereka tidak nampak macam mana nak membawa perubahan. Kalau bukan orang Islam (kita) yang mengubah dunia, siapa lagi agaknya. Kalau kita sebagai orang Islam tak buat apa-apa, maka sama-samalah kita tunggu azab Allah....




abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Cahaya Sinar Ayat Kursi

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:43 am

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.....

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan Ia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli
rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah
seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:47 am



I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...
Inilah sebahagian drpd ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan
memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir
drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm
Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan,
'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau...
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan
iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???

Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah karana sesetgh drpd sikap yg penuh sopan
santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'... Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintaya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA...
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT
MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Cinta Seekor Cicak

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:49 am

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakuka! n dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi ! tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!



in LiFe THeRe aRe ManY QuoTienTS..
so LeTS HoPe ThaT We'LL Find The Mean.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Coke Ada Alkohol

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:52 am

Saya memang tidak ragu perkara ini. Di universiti kami pernah membuat kajian kes berkenaan bagaimana menggunakan strategi pemasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa. Buku yang diterbitkan oleh prentice hall (international marketing) membincangkan secara teliti berkenaan bagaimana kejayaan coca-cola mengadaptasikan produk untuk memasuki pasaran asia.

Dinyatakan secara jelas di situ bahawa kandungan alcohol didalam coke yang berada di pasaran eropah dianggarkan 20%. bagi negara islam seperti malaysia, indonesia dll peratus alkohol ini dikurangkan kepada 5% dengan alasan untuk melepasi halangan agama tetapi tetap ia perlu diletakkan untuk mengekalkan rasa asli coke. W/bgpun ia ditulis sebagai bebas alkohol untuk melepasi halangan pasaran di negara
tersebut.

Untuk pengetahuan juga hanya coke yang dibuat dan dipasarkan di Arab Saudi dan Pakistan sahaja yang benar-benar bebas alkohol kerana halangan undang-undang di negara tersebut terlalu ketat. Perlu juga dinyatakan disini bahawa coke yang dijual bersama hidangan di restoran makanan segera ditambah kuantiti alkoholnya kepada 8%. Sebab itu jika anda merasa coke yang didapati di Mc Donald adalah lebih pahit dari yang dijual secara botol.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Doa MEMULAKAN TUGAS

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:53 am

" Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan
daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari
kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni
kami."

" Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak
langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari
insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang
kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik
kepada yang lebih baik."

" Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan
kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua.
Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan
untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu.
Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh
keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah."

" Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa
yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai,
berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam
menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami
tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga
pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan
usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke
dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu
jua Ya Allah!"

" Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan
peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan
dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-
sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh.
Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan ,
kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat-
sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan
membuang masa."

" Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang
menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami
yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di
mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami
sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami."

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:57 am

Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati.HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak.

Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk
menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa?

Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud:
Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam. (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak
ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab
perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita,namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu,bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.

Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.

Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak. Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinyadaripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata. (Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya.
Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras,
sakit, buta dan mati.

Firman Allah bermaksud Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah.

Ketahuilah! dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia. (Surah al-Ra'd, ayat 28).

Firman-Nya lagi bermaksud Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik. (Surah al-Syura, ayat 88 - 89).

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kekuasaan Allah SWT,

..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."






abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

4 golongan lelaki yang ditarik oleh perempuan ke neraka

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 5:58 am

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ...... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga ..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN. Wassalam.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

harga manusia dan harta

Post  abe yutaka on Wed 16 Dec 2009, 6:00 am

Bagi sapa2 yg tak langgan mastika bulan mei 2004, bacalah cite sedih ni, ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan kepada semua parents, Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu. Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan konsep "time out" jika anak2 buek salah. Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.

Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kojo kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buek?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buek ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buek apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kojo, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas."Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu."Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buek lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. buek apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 26
Location : Balok Kuantan

View user profile http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  Sponsored content Today at 2:29 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 4 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum